Sunday, March 13, 2016

Tempat Makan di Kuching : Sharing Downtown Kuching

     Setiap kali rindu masakan western kitaorang wajib pergi tempat ni Sharing Planet. Lokasi Sharing Planet ada banyak cawangan; Jln Stapok, Jln Ban Hock dan CityOne. Kitaorang selalu pergi Sharing Jln Ban Hock yang dekat dengan Annuar Steamboat. Waktu operasi setiap hari isnin hingga ahad bermula dari pukul 6 p.m.-11.45p.m.

Antara menu dan harga Sharing Downtown yang kitaorang pernah cuba:

Meatball Bolognaise RM 14.00
Aku suka sebab rasa dia macam meatball bolognaise yang selalu mak-mak selalu buat.
Meatball dia memang besar dan banyak. 

Grilled Fish Fillet RM 15.00
Sauce dia sangat lah awesome memang enak makan bersama grilled fish fillet.
Ice-cream Chicken Chop RM 17.00
Memang unik kan. Aiskrim tu korang kena makan cepat-cepat sebelum cair,
Kuah boleh mintak blackpepper, kalau korang tak tukar dia bagi kuah mushroom.
Lagi sodap blackpepper hoi!

Cheezy Chicken Chop RM 18.00
Pencinta Cheese aku syorkan hangpa makan ni!!
Fulamak cheese dia buat saya jatuh cheenta

Supreme DeVolaille RM18.00
Banyak weh dia bagi aku dua ketul ayam enak dimakan bersama blackpepper.
Kena pergi time perut betu-betul kosong tau!! serious portion dia besar giler.
Tengok bertapa seriusnya kitaorang makan sebab menikmati rasa yang asli sebenar.

Seafood Carbonara RM 24.00
Spaghetti dia creamy tahap boleh buat orang jadi dreamy.
Seafood dia takyah nak cakap campuran kepah,sotong,udang dan banyak lagi .
Seafood Arabiatta RM 20.00
Spaghetti ni lain sikit dari meatball or chicken spahetti sebab rasa spices dia yang lagi wow
dan dihidangkan bersama lambakan seafood.
Fish and Chips RM 14.00
Ikan yang disalut bersama dengan tepung rahsia yang memberi tekstur yang lebih ranggup
dimakan bersama sauce lemon yang manambah lagi perisa yang luarbiasa.

Double Cheezy Land  RM 17.00
Dua ketul ayam yang besar disalut tepung yang ranggup dan diselaputi bersama cheese cheddar
dan diakhiriatasa hidangan dengan sauce cheese yang superb.
Chicken Bolognaise RM 13.00
Rasa spaghetti yang sama denagan meatball spaghetti cuma besar dia yang ni letak ayam.
Banyak weh mee spaghetti dia, aku syak dia letak sepeket dalam pinggan ni.

Muka senyum dalam hati menahan sabar bila makanan diaorang tak sampai lagi.
Yabidabidu makanan aku dah sampai. Sorry guys aku makan dulu.
Hek eleh sekejap je makan diorang semua dah sampai.
Serius servis kat sini memang superb!!
Cepat, cekap dan tangkas.
Konsep sharing sebenar 2 orang share 1 hidangan.
Tapi kitaorang sebaliknya 1 orang makan 2 hidangan.
Allahu kenyang tahap giga malam tu.

Ceh dalam gambar nampak teratur, tapi keadan sebenar meja dah tak muat.
Semua sedang bertungkus-lumus menghabiskan hidangan.
Sebelum balik kitaorang bergambar kenangan dulu.
Muka semua dah tak larat nak senyum sebab kekenyangan maksima.
Ni pun ramai ahli yang tak dapat join sebab ada komitmen lain.


Akhirnya aku berjaya siapkan entri pasal Sharing Downtown. Minggu lepas aku nak update dah pasal Sharing tapi time tuh kecur air liur aku tengok gambar-gambar. Malam tu jugak aku ajak diorang pi Sharing.



No comments:

Post a Comment