Thursday, April 30, 2015

Asasi Back To Community (AB2C) 2015- Kampung Hilir Serian, Sarawak


     Assalamualaikum. Masih belum mengantuk setelah pulang dari dinner Gala Night (will update soon). Mengambil inisiatif untuk mencoret sesuatu. Nak share pasal satu program yang sememangnya buat aku jatuh cinta terhadap bumi kenyalang ni. Pada 29 Mac yang lalu setiap wakil generik telah diarahkan untuk memilih sebuah kampung bagi aktiviti yang dinamakan Asasi Back To Community (AB2C). Kami generik Albus Fortis telah memilih Kampung Hilir Serian.

      Pada hari kejadian, setibanya kami di Kpg. Hilir Serian kami telah disambut dengan iringan sekumpulan remaja dengan menunggang motosikal yang diikat bendera Sarawak atau BN di belakang motosikal mereka. (Nampaklah parti mana yang dominasi kampung tersebut). Sambutan yang meriah dari penduduk kampung telah berjaya membuat hati kami tertawan dan terharu.


Amat jarang sekali anak remaja mahu serta program macam ni di pagi hari. 

      Seterusnya, aktiviti telah diteruskan dengan bacaan doa, senaman robik yang disertai oleh pelajar, pensyarah dan semua golongan penduduk kampung. Memang terbukti penduduk kampung disinii aktif sekali.

Bertapa fokusnya mereka mengikuti lankah-langkah guru senamrobik Albus Fortis.
       Sebelum aktivit gotong-royong dan sukaneka kami telah dijamukan dengan makanan ringan seperti mee hoon goreng, popia dan air teh. Aku yang sememangnya datang dengan perut yang kosong amatlah melonjak keriangan.

Sebahagian dari Albus Fortis. Yang lain mana entah malu-malu kucing nak makan.
                                                               
Ya, aku yang sememangnya rajin telah ditugaskan untuk menjaga kanak-kanak kecil di dalam surau. Terdapat aktiviti seperti melukis dan bermain permainan tradisional dijalankan. Amatlah aku puji akan kesetian ibu bapa pelajar yang menunggu anak-anak mereka mewarna sehingga ke penyampaian hadiah.

Hebat 1 vs 3.
     Manakala di padang terdapat pelagai aktiviti diadakan seperti pertandingan bola sepak, sukaneka bagi penduduk kampung dan tarik tali. Aku tabik dengan sikap penduduk Kampung Hilir Serian yang sangat sporting dan semangat dal semua hal serba-serbi.

Lari dalam guni yang sangat melucukan.


Madam Emmerline dan Miss Yani. Sir Dhana Jay takde sebab beliau yang tangkap gambar.

Sedang bersiap-sedia untuk masuk ke dalam gelanggang pertandingan pecahkan belon yang diikat di buku lali.

Boling tradisional dengan menggunakan kelapa dan landasan rumput yang tidak rata.
The most wanted event for sure tug of war.


Tarik tali antara pelajar Albus Fortis dan penduduk kampung.
     Setelah selesi semua acara, kami telah bersiap-siap membersihkan diri untuk solat zohor dan menikmati makan teengah hari yang dimasak oleh penduduk kampung dan pelajar. Antara juadah yang dihidangkan ialah ayam manok yang rasanya memang win, sambal pelam, sayur rebung (mungkin nama dia kalau aku tak silaplah), ikan kering dan banyak lagi.

    Acara diteruskan dengan aktiviti di dewan iaitu perkongsian, karaoke, pertandingan ratu cantik ( ke nama dia pertandingan berhias? ), poco-poco dan penyampaian hadiah. Amatlah sedih masa nak berpisah balik ke UNIMAS. Aku harap lain kali, prgram ni 2 hari 1 malam dapat bermalam di rumah penduduk kampung. Lain kali tu untuk next batch nampaknya. 

     Akhir kata (acah-acah surat rasmi) jutaan terima kasih kami ucapkan kepada penduduk Kampung Hilir Serian yang sudi menyambut kedatangan kami dengan meriah sekali, memberi kerjasama bagi setiap aktiviti yang dijalankan dan yang paling bermakna sekali sebab dapat buat aku rasa 'WOW' terhadap kampung ni dari semua aspeklah hubungan, tempat dan masakan.

All pictures here credit to Mr Dhana Jay, taken from FB : koku Group 2 [Albus Fortis]

Sunday, April 26, 2015

Tasik Biru, Bau Sarawak

       Kesinambungan dari last previous post pasal Pasar Serikin antara tempat yang patut dikunjungi bila sampai Sarawak. Nak cerita pasal Tasik Biru yang terletak berhampiran beberapa kilometer dari Pasar Serikin. Selalunya kami pergi ke Pasar Serikin pada waktu pagi kerana cuaca tidaklah panas terik sangat. Agak-agak pukul 12.00 tengah hari tu kami bergerak mencari masjid yang berdekatan untuk menyucikan diri dan bersiap-siap untuk solat zohor. 

       Semasa dalam perjalanan untuk sampai ke Masjid kami melalui sebuah tasik yang dipanggil Tasik Biru. Subhanallah tasik tersebut amatlah cantik dan indah nian. Mengapa tasik tersebut diberi nama Tasik Biru? Hal ini kerana tasik tersebut mengandungi bahan kimia iaitu arsenik yang tinggi. Oleh itu, para pengunjung dilarang untuk bermandi-manda, menangkap ikan dan sebagainya di Tasik Biru. Namun terdapat segelintir kanak-kanak yang masih bermandi-manda disana. 

        Hasil bacaan saya dari beberapa blog, Bau, Sarawak merupakan kawasan yang terkenal dengan perlombongan emas pada zaman dahulu kala. Hasil dari aktiviti perlombongan yang giat dilakukan telah memberi kesan negatif kepada para penduduk. Oleh sebab itu, kegiatan perlombongan emas itu telah diberhentikan. Bagi mengelak daripada orang luar melakukan aktiviti perlombong emas ini lagi mereka mengatakan bahawa Tasik Biru ini bahaya kerana mengandungi bahan kimia, arsenik.

       Hasil daripada perbualan saya dengan rakan saya yang menetap di Sarawak. Dia menceritakan bahawa terdapat sebuah kisah sama ada sahih atau tidak tidak dapat diketahui. Pada tahun bila, terdapat sebuah bas telah terjunam ke dalam tasik tersebut. Dan sehingga kini masih belum ditemui rangka bas tersebut kerana kedalaman tasik itu 300 ratus kaki.

Wallahualam, hanya Allah yang maha mengetahui semua kejadian di langit dan di bumi. Entri saya kali ini adalah sebagai pengkosian.

Subhanallah !!


Bagpackers, kitaorang suka lepak tengok nature.
Baju-baju yang terdampar tu bukan kami punya. Milik kana-kanak yang bermandi-manda.
P/S : Para pengunjung dinasihatkan solat terlebih dahulu di Masjid yang berhampiran Tasik Biru sebelum balik atau pergi dari Pasar Serikin. Kerana kawasan tersebut ramai penduduk bukan Islam dan sukar untuk mencari masjid.


   

Friday, April 24, 2015

Pasar Serikin,Bau Sarawak


Assalamualaikum, hari ini nak cerita pasal Pasar Serikin yang terletak di Bau,Sarawak. Kira-kira 80km dari bandar Kuching dan perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam setengah berpandukan dengan bantuan waze dan instinct yang betul. Pasar Serikin memang jadi tumpuan ramai pengunjung tempatan mahupun luar. Harga barang yang dijual disini amatlah berpatutan dan jauh lebih murah dari harga pasaran. Kena pandai tawar-menawar tau ! Kebanyakkan barang yang dijual adalah buatan Indonesia. Al-maklumlah Pasar Serikin ni adalah sempadan Malaysia-Indonesia. Waktu operasi hari Sabtu - Ahad (pagi hingga petang).



Suasana di Pasar Serikin macam Rantau Panjang di Kelantan

Masa ni belum peak lagi. Sometimes kereta pun masuk juga area ni.
                                                                               
Amirah dan topinya hahaha. Dinasihatkan bawak topi / payung / pakai sun block.



Barang antik pun ada dijual disini.


"Kaler coklat ke merah yang cantik ni ?"
Buah tangan untuk sedara-mara.

Baju batik Indonesia pun ada.


Kraftangan 
Tempat berteduh apabila penat membeli-belah.
Banyak lagi gambar yang aku lupa nak tangkap misalnya gambar kain sulam yang terkenal kat sini. Kain batik sarung Indonesia dan Sarawak wajib beli!. Sebab harga dia amatlah murah bermula dari RM 9. Pasar Serikin destinasi wajib yang patut dikunjungi apabila sampai Sarawak. Kitaorang setiap kali cuti sem nak balik Semenanjung datag sini borong kain batik untuk mak, souvenir untuk saudara-mara, dan banyak lagi.


                                           




Sunday, April 19, 2015

Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Salam. Lewat malam masih belum mahu diulit mimpi lagi. Masih melayari internet, Affiena (my roommate)  masih segar-bugar. Telah lama Affiena bercerita pasal bestnya movie Kapal Van Der Wijck adaptasi dari karya Buya Hamka yang diberitahu oleh abangnya. Puas mencari di Youtube namun tidak dijumpai karya filem yang sebenar-benarnya. Filem asal telah ditayangkan pada 2013 dan telah mendapat sambutan yang hangat dan kini pada 2015 filem tersebut telah di-extend-kan lebih panjang durasinya. Akan perbezaannya antara filem tersebut versi 2014 dengan 2015,aku masih tak tahu. Sebab usaha untuk mendownload cerita tersebut masih aku ikhtiarkan.



Sinopsis
"Berlatar tahun 1930-an, dari tanah kelahirannya Makassar, Zainuddin (Herjunot Ali) berlayar menuju kampung halaman ayahnya di BatipuhPadang Panjang. Di sana, ia bertemu dengan Hayati (Pevita Pearce), seorang gadis cantik jelita yang menjadi bunga di persukuannya. Kedua muda-mudi itu jatuh cinta. Namun, adat dan istiadat yang kuat meruntuhkan cinta mereka berdua. Zainuddin hanya seorang melarat yang tak bersuku; karena ibunya berdarah Bugis dan ayah berdarah Minang, statusnya dalam masyarakatMinang yang bernasabkan garis keturunan ibu tidak diakui. Oleh sebab itu, ia dianggap tidak memiliki pertalian darah lagi dengan keluarganya di Minangkabau. Sedangkan Hayati adalah perempuan Minang santun keturunan bangsawan.
Pada akhirnya, lamaran Zainuddin ditolak keluarga Hayati. Hayati dipaksa menikah dengan Aziz (Reza Rahadian), laki-laki kaya terpandang yang lebih disukai keluarga Hayati daripada Zainuddin. Kecewa, Zainuddin pun memutuskan untuk berjuang, pergi dari ranah Minang dan merantau ke tanah Jawa demi bangkit melawan keterpurukan cintanya. Zainudin bekerja keras membuka lembaran baru hidupnya. Sampai akhirnya ia menjadi penulis terkenal dengan karya-karya masyhur dan diterima masyarakat seluruh Nusantara.
Tetapi sebuah peristiwa tak diduga kembali menghampiri Zainuddin. Di tengah gelimang harta dan kemasyhurannya, dalam sebuah pertunjukan opera, Zainuddin kembali bertemu Hayati, kali ini bersama Aziz, suaminya. Pada akhirnya, kisah cinta Zainuddin dan Hayati menemui ujian terberatnya; Hayati pulang ke kampung halamannya dengan menaiki kapal Van der Wijck. Di tengah-tengah perjalanan, kapal yang dinaiki Hayati tenggelam. Sebelum kapal tenggelam, Zainuddin mengetahui bahwa Hayati sebetulnya masih mencintainya."
Sumber dari wiki : Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (film)

Trailer Kapal Van Der Wijck Extended


Antara soundtrack dalam filem ni



If someone ada DVD filem ni atau berjaya muat turun dari mana-mana laman sesawang mohon share info, please.
    
Editted, filem ni dah ada kat youtube. Finally someone dah upload the original film. Thank you so much! Boleh klik link ni https://www.youtube.com/watch?v=tYW4MAo5t3Y


SM Sains Sembrong (SASEM), Kluang

Assalamualaikum, hari ni aku nak cerita my old school (actually the school very new). After dapat result PMR, aku dapat masuk SM Sains Sembrong,Kluang. Kami batch 1 masa tu, sangat suka sebab sekolah baru, everything baru dan sangat berkilat, katil masih keras dan bantal belum dipenuhi dengan peta dunia lagi. Pengangkutan ke SASEM, dari JB - Kluang it takes only 2 hours. Nak naik bas sangat lah senang sebab every hour ada bas pergi Kluang, harga tiket RM 10-15 (back then without GST). Bila arrive terminal Kluang jangan risau sebab banyak sangat pengankutan teksi dan bas. Just said "nak pergi SM Sains Sembrong". Retail price RM 20 (2012/2013). Kat terminal tu banyak shopping complex seperti Kluang Mall,Kluang Parade and others. So that places memang menjadi tumpuan pelajar masa outing.

Dewan Khalfah tempat kebnayakkan acara rasmi dan peperiksaan getir berlangsung

Pentadbiran sekolah, pejabat  dan bawah tu tempat parking pengetua.





















Blok Akademik sesi pembelajaran dan tempat prep bagi pelajar.















Langsir merah jambu menandakan asrama perempuan.















Blok asrama lelaki 4 tingkat.














Permandangan  surau  dan dewan makan














Surau bahagian saf lelaki.














Surau bahagian saf perempuan.














Surau terletak diatas dewan makan.














Susur galur yang menghubungkan blok akademik dengan asrama dan sebgainya.




















Padang sasem dan trek balapan.














Disini tempat aku bersama rakan-rakan belajar erti berdikari dan lebih menghargai sebuah persahabatan dan pengorbanan guru-guru.

P/S : credit to all photos www.aldusun.com dan smsainssembrng.blogspot.com