Assalamualaikum
Hari ni aku nak share pengalaman aku masa dekat Asasi Unimas sesi 2014/2015.
Aku gan Pina pergi Sarawak first time tanpa guardian sebab our parents percaya gan sifat berdikari kitaorang. Ceh. Jangan risau kalau korang nanti datang gan member je. Sebab nanti masa korang arrive kat Airport Kuching tu akan ada akak & abang Liaison Officer menunggu kat sana. Nanti diorang akan briefing sedikit tentatif korang then korang (bersama parents if ikut) naik bas gerak ke Kampus Timur Unimas.
After sampai tu, korang diberi masa untuk membeli barang kelengkapan. Summer Mall amatlah dekat dengan kampus timur. Jalan kaki je dah sampai. Tapi sebab masa tu korang nak beli banyak barang boleh sewa kereta. Kitaorang kat Unimas memang mengamalkan sewa kereta kalau nak pergi mana-mana. Nah klik sebelah Fb kereta sewa unimas
Tips masa dah sampai asasi tu baik korang pi surau sebab mostly students asasi lepas habis sem tu diorang semua wakafkan barang-barang diorang dekat surau.
Nanti korang akan mendiami Kolej Seroja. Best semua kemudahan ada mesin basuh, wifi, mini mart, kafe. Tapi aku suka beli makanan dekat ensurai yang dekat gan tasik sebelah DK4 nanti korang treasure lah ye. Ensurai just bukak on weekdays. So after habis kelas, mostly students akan makan kat situ. Dekat mini mart tu ada jugak jual makanan tapi just yang ringan more to breakfast meal. Kafe pun ada jual makanan. Selalunya kalau hari minggu Ensurai tutup kafe memang laku sangatlah. At last, kitaorang end up makan kat luar je sebab kampus timur dekat Summer mall dan kedai makanan yang berlambak di Desa Ilmu. Alhamdulillah harga makanan kat sini sama je macam semenanjung. Kalau beli barangan kering baru korang nampak harga dia beza sikit dari semenanjung. Lupa nak bagitahu nanti korang masuk kolej bilik tak disediakan bantal tau.
MAP stand for minggu aluan pelajar nak senang faham orientasi sebenarnya. Masa ni korang akan di-handle oleh abang and akak LO. Memang masa ni korang kena patuh dan akur je tentatif yang telah ditetapkan. Tak payah buat onar nanti mengamuk LO tu karang. Time aku MAP dulu nanti ada satu malam certain person kena panggil naik atas pentas dan kena marah sebab ada melakukan kesalahan. Kaw kaw LO berlakon beb. And it was a prank for those yang birthday dia time MAP. Kuang kuang.
Sistem pembelajaran kat sini, nanti korang dibahagikan dalam kelas time batch aku, Hayat 1, Hayat2, dan Hayat 3(untuk asasi hayat) & Fizikal 1, Fizikal 2,Fizikal 3 (untuk asasi fizikal). Segala nota, lab manual & assignment akan diupload oleh lecturer dekat laman sesawang Morpheus
Pemandangan di hadapan kolej lelaki. Masa ni aku tengah tunggu Rocky sebab kitaorang kena handle hamper. |
After sampai tu, korang diberi masa untuk membeli barang kelengkapan. Summer Mall amatlah dekat dengan kampus timur. Jalan kaki je dah sampai. Tapi sebab masa tu korang nak beli banyak barang boleh sewa kereta. Kitaorang kat Unimas memang mengamalkan sewa kereta kalau nak pergi mana-mana. Nah klik sebelah Fb kereta sewa unimas
Sarapan pagi masa orientasi. Selama orientasi korang jangan risau pasal makan minum sebab LO akan handle. |
Sistem pembelajaran kat sini, nanti korang dibahagikan dalam kelas time batch aku, Hayat 1, Hayat2, dan Hayat 3(untuk asasi hayat) & Fizikal 1, Fizikal 2,Fizikal 3 (untuk asasi fizikal). Segala nota, lab manual & assignment akan diupload oleh lecturer dekat laman sesawang Morpheus
nanti korang rajinkanlah diri explore. Username and password usually your matric no & ic.
Kelas usually start pukul 8 pagi depends on your lecturer paling lambat kelas habis 12.30 tengah hari. Then korang ada gap untuk solat & makan. Dan practical lab, for example lab chemist 2 minggu sekali so if minggu tu takde lab memang korang akan free sesangat petang tu.
Pasal pemakaian masa nak pergi kelas bebas. Boleh je nak pakai jeans or khakis. Asalkan tidak menjolok mata. Tapi aku lebih prefer pakai baju kurung tapi apabila malas menjelma t-shirt dan seluar slack sahaja. Masa lab korang wajib pakai kasut tau, karang tertumpah acid kat kaki kang berlubang. hahahahah
Pasal pemakaian masa nak pergi kelas bebas. Boleh je nak pakai jeans or khakis. Asalkan tidak menjolok mata. Tapi aku lebih prefer pakai baju kurung tapi apabila malas menjelma t-shirt dan seluar slack sahaja. Masa lab korang wajib pakai kasut tau, karang tertumpah acid kat kaki kang berlubang. hahahahah
My groupmates for lab biology and PBL. They so crazy and I love them so much!! |
Masa dissect frog. Aku syak Mirul (yang kat tengah) gembira dengan hasil disect dia yang kemas. |
Lepas habis Pbl session. Pbl ni nanti korang akan diberi satu situasi then discuss in the group. Nanti masa korang degree ada jugak macam ni. Kiranya korang dah didehkansejak asasi lagi. |
Pemarkahan korang nanti dia akan totalkan semua percent ; kuiz, lab report, mid-term & final exam. Nanti if ada kuiz or apa-apa assignment korang kena bersikap cakna. Sebab nanti cgpa sem 1 akan dicampur bahagi dengan adil sekali gan cgpa sem 2 korang.
Interview medic for those dapat 3.5 keatas! Lagi tinggi pointer korang, lagi tinggi chance untuk dipangil interview medic. Nanti korang akan amik MUET jugak. Buat je betul2! Sebab time degree masa first year korang akan amik Academy English. For those yang dapat band 3 and below akan amik AE1 while yang dapat band 4,5,6 akan amik AE2.
We won 1st place Asasi Biology Mini Colloquium. |
Aku seorang yang pemalas pun join this event Asasi Fun Walkhaton 2015. |
Asasi nanti korang juga wajib melibatkan diri dalam ko-kurikulum. Korang akan dibahagikan kepada kumpulan berdasarkan warna. Aku masa tu dapat warna putih (Albus Fortis). Serius best sangat banyak aktiviti dan pembelajaran dia sangat relax dan seronok.
During Asasi Back To Community (AB2C) you can read more about AB2C click ---> here |
My generik group Albus Fortis (white). Malam fesinisasi (kalau aku tak silap). |
If korang betul-betul interested nak masuk Asasi Unimas korang kena banyak buat research dulu takut course yang korang nak sambung belajar time degree nanti tak ditawarkan kat Unimas. Contohnya, dentistry memang tak ditawarkan kat Unimas. Mostly my friends yang minat nak sambung dentistry time degree akan pindah pergi other college or Mesir. Lagi satu nak bagitahu korang kena pikir masak-masak kalau nak sambung asasi Unimas sebab korang memang possible sambung degree dekat Unimas jugak. Amatlah susah kalau korang nak mohon tukar masuk Universiti awam yang lain. Kecuali kalau korang time degree nanti minta masuk kolej swasta dan sebagainya, memang ramai je kawan aku buat.
Ni time dinner Asasi. Bergambar bersama pasangan Mesir gitu. |
Bagi aku belajar kat Unimas, Sarawak amatlah seronok. Banyak benda lagi aku kena explore. Orang sini baik sangat, dari pengalaman aku orang sarawak jarang menggunakan hon di atas jalan raya, mereka amatlah sabar. Kecuali kalau pemanduan korang tu Nauzubillah barulah diaorang akan hon. Kalau kat semenanjung korang gerak lambat sikit lepas lampu hijau dah kena hon bertalu-talu, kat sini tak pernah lagi kitaorang kena, sebab bukan apa guna waze nak kena konfemkan eh nak straight ke belok ni. Ceh. Makanan dia sangatlah sedapwei cuma aku tak suka nasi lemak dia je sebab sambal dia letak belacan, Mee kolok sedap, laksa sarawak pun sedap tapi kena tengok orang yang buat kalau tak korang akan rasa jamu, Nak belikan kek lapis sarawak pun murah-murah kat sini. Time aku asasi tahun lepas, 1 loaf Rm10 beli lima loaf percuma satu sekarang dah tak ada percuma cuma dia kurangkan harga 1 loaf RM9.
Raya tahun lepas mak aku suruh borong. Memang baggage penuh gan kek lapis sarawak belum campur kain batik sarawak lagi. Memang masa ni korang amat dianggap anak mithali. |
hi nak tanya. susah tak asasi sains hayat? belajar mcm mana sains hayat? kalau nak jadi doktor perubatan, cgpa kena berapa ya? dekat unimas kalau nak sambung degree, degree dlm doktor perubatan dan nursing kan? nursing tu pula cgpa kena berapa ya? maaf tanya banyak hehe..
ReplyDeleteWaalaikumussalam, tak susah kalau minat. Skop belajar sains hayat you belajar general tapi lebih details dari SPM. You belajar juga chemist, math, animal and plants tapi mmemang tak sentuh pun physics sbb tu kos asasi fizikal. CGPA medic, 3.5 you lepas pergi iv, tp lagi better lagi bagus sbb more competition. CGPA nursing approximately 3.0 above if I'm not mistaken
Deleteassalamualaikum , nak tanya kalau result exam asasi sains hayat tak smpai pointer 3.o masih boleh sambung degree kat sana ke ? atau kena tendang pergi mana2 ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam,don't worry it still has chance nak sambung degree in Unimas. If 2.0 (Gagal Berhenti) is possible kena kick out.
DeleteEm nak tanye.Yuran pendaftaran untuk unimas brp ye?
ReplyDeleteHi, I'm very sure masa my year 2014/2015 yuran is free sebab semua kerajaan tanggung. Kiranya masa tu you just cover tiket flight & expenses you nanti. For student semenanjung nanti sem 2 you boleh claim tiket flight RM700. And you also dapat elaun per sem. The exact amount I forgot.
Deletenak tanye.. asasi sains hayat unimas boleh guna tak dekat universiti selain unimas mase nak smbg ke perigkat deg nnti
ReplyDeletevalid je utk semua Uni lain. Tetapi asasi di Unimas tak macam UM nanti u nak masuk degree boleh apply UPU semula. So mostly of them continue degree either at Unimas or kolej swasta.
DeleteSalam,nak tanya,printer boleh bawak x??
ReplyDeletewassalam, boleh. Other option If you nak senang beli kat sini, kalau luggage tak muat pos pun boleh :)
DeleteSalam...akak saya dapat offer utk ke asasi sains hayat ļ¼Æ(≧▽≦)ļ¼Æ
ReplyDeletesaya nak tnyer pasal buku,
betol ke kalau buku nanti senior lame ade jual kat sane?
Tahniah! Yup, banyak je senior jual buku preloved kat FB.
DeleteHi nak tanya, kalau result matrik pointer overall 3.7 agaknya boleh ke dpt kos medic ni. Ada ke yg mcm tu kt sana?
ReplyDeleteHi, in my year masa asasi dulu nak sambung medic at least 3.5, better u try!! Best of luck :)
DeleteAssalammualaikum. Nak tanya, pakaian memang kena pakai baju kurung ke pergi kelas? Tak boleh pakai seluar jeans and baju biasa ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, pakaian untuk gi kelas bebas asalkan sopan dan tidak menjolok mata. Boleh pakai jeans and t-shirt, cuma kalau tak silap masa exam no jeans hahahah
Deleteassalamualaikum kak,kalau amik asasi sains hayat kat unimas kan haa nnti degree bole amik kimia sumber kan? if im not mistaken la isn't it true?
ReplyDeletewaalaikumussalam, yup ada course kimia sumber
DeleteHi sis. I confuse. Ada ke Sarjana Muda Perubatan kat Unimas?
ReplyDeleteYes, ada awak sarjana muda perubatan, cuma i mean takde sarjana muda pergigian kat sini
DeleteSis masih di unimas ke? And mmg dak asasi tinggal di kolej seroja? btw, do pray for me cause i apply for asasi sains hayat at unimas ��
Deleteyes, im now 3rd year student Plant Science :) All the best in future! Tak sempat jumpa coz I habis bulan Jun ni insya-Allah
DeleteSalam sis.. how about allowance? semua student ke dapat?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, yes semua dapat. Just, Allowance tiket flight only for peninsular students
DeleteSalam kak, kalau lpas asasi sains hayat nnti, boleh sambung farmasi x di sana?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, sorry dear Unimas masih belum ada course farmasi.
DeleteSalam kak flight allowance just for foundation students or degree sekali?
ReplyDeletewaalaikumussalam, foundation only
Deleteassalamualaikum kak, memang kebnyakan student asasi unimas memang layak smbung degree dekat unimas ke??
ReplyDeletewaalaikumussalam, yes mostly
DeleteSalam sis, yuran pendafaran untuk foundation berapa ye ? and do let me know, semua budak asasi kene duduk kolej seroja ke ? In your post, mentioned yang akak makan kat luar, kirannya budak unimas boleh keluar macam tu je ke ? or ada masa-masa untuk keluar, btw doakan saya!!! Dha appy kat unimas untuk asai sains hayat...
ReplyDeleteWaalaikumussalam, yuran mmg fully sponsored sape yg sambung foundation. Yup dun worry, uolls mmg akan duduk di Kolej Seroja. Yup, bebas. Awak boleh keluar nak makan mana2, hari2 pun boleh :D Tak ketat macam matrik,like you ada masa tertentu bila nak outing if im not mistaken.
Deletesalam sis, kalau amik asasi sains hayat boleh further degree dalam course ape ye kalau dekat unimas???
ReplyDeleteWaalaikumussalam, antara kos yg ditawarkan perubatan, medik, sains tumbuhan, kimia sumber, biotech, aquatic zoology dan lain-lain lagi (if awak still minat untuk further study dlm bidang bio) sebab ada je my friends masa asasi sains hayat, then masa degree amik diff course like bussiness, IT and others. For me, depends on your minat:)
Deletesis, nak tanya bilik macam mana ya, dia bilik 2 orang ke ramai ramai. untuk perempuan ya.
ReplyDeleteBack in my year 2014-15 one room got two double decker which means you got 4 beds. Luckily, two students per room sebab masa tahun I tak ramai sangat intake. For sure, every year no. of intake will increasing (especially girls) so I can guarantee the no of students per room is more than 2, hopefully not exceed than 4.
DeleteSalam ... sorry ganggu . Nak tanya selepas asasi sains hayat Unimas n InshaAllah dapat pointer mencukupi utk apply medic .. they still rujuk pada keputusan spm ke ? Tq inadvance krn sudi luang masa jawab ...
ReplyDeleteWaalaikumussalam, for SPM science subject requirement minimum is B at least. Means no C or D
ReplyDeleteHii sis..student yg x dpt pgi temuduga utk smbung degree medic tu mcm mnalah sis? Apa course yg mreka boleh ambek? Mreka msih study kat unimas ka?
ReplyDeletejangang risau if satu peluang awak terhalang, banyak lagi peluang yang terbuka utk awak. Mostly mereka amik bidang berkaitan sains like biotech, zoology and others. Still study Unimas unless awak still nak amik medic swasta
DeleteI did apply for asasi sains hayat *sbb nk elakkan subjek fizik huhu.. Bukan nye x bagus cuma x minat.. Btw selain medic apa lagi course yg ditawarkan masa degree ye kak?
ReplyDeleteA lot of course, we have faculty arts, it, medic, economy, science social, resource science technology, engineering, language and others. Coz im from FRST facult resource science n technology, i more familiar course in this faculty. We have, plant science (im taking this course very interesting you can read, i already post in the blog), biotechnology, aquatic, zoology and chemist
DeleteSalam kak...is it true bila org ckap kena study science subjects slpas spm for preparation b4 masuk asasi? Fyi i did study a little just in caseš
ReplyDeleteWa'salam, its good for you kalau ada buat preparation. Tapi dun worry sbb nanti you belajar much deeper than SPM subject tapi nanti lecturer akan ajar. Depends ur study habit. I dulu takde buat preparation pun so lucky you start awal :D
DeleteThx akak...do pray for me akak...btw akak spm dpt brape result? Just asking if theres a chance i could enter eventhough i didnt get straight a+
DeleteNak tanya.. saya lepasan spm 2017.. and dh ditawarkan unimas.. bulan jun ni daftar. Still ada ka elaun dn duit flight tu? Tqš
ReplyDeleteIn my year ada, you can call pejabat the no. you can refer offer letter and ask regarding allowances ticket flight for your confirmation :)
DeleteAssalamualaikum, kak. Sy dpt tawaran asasi sains hayat unimas....tp untuk pendapat akk, dibandingkan ngan matriks, is it better untuk amik asasi sains hayat unimas kalau sy nk sambung degree psychology?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, degree psychology ada ditawarkan di Unimas, its up to you both places have pro and cons, you can do istikharah for better result :)
DeleteSalam sis.im just wondering kalau saya mmg nk pursue dentist for my degree but i choose unimas for my asasi n nnt kan bila time nk degree tu saya kluar dr unimas mohon upu ke ipta lain boleh ke??bkn swasta
ReplyDeleteW'salam, its hard to keluar Unimas and u cant apply upu macam asasi Pasum, i did already hahaahahahahahaha, thats y you need to research what you want to pursue later on, dentist course not yet offer here, and based my own experience during my batch mostly they cont at private school. the analogi macam ni, its quiet rare student willing to come Sarawak, once you accept it, you automatically will continue degree here unless you tak GB (gagal berhenti). Masa I asasi dulu dah masuk baru I tahu, so you better think wisely, ask your parents and teacher
DeleteSalam Kak. Maaf mengganggu..,
DeleteSaya telah dapat tawaran asasi fizikal...
Saya mahu bertanya tentang yuran pendaftaran...
Adakah saya perlu bayar yuran pendaftaran..?
Im still wondering..
Kakak ada mantion yg pihak KPT akan tanggung semua...
Tetapi mengapa surat tawaran saya menyatakan yuran semester 2018/2019 : RM1250..?
Waalaikumussalam, first of all congrats! awak im very sorry disini saya salah info, i asked my friends before masuk we need to pay fee at bank islam, during sem 2 baru dia directly deduct (so u no need to pay). Thanks for correct me :) i already update the post
DeleteAkak, u said no need to pay but why on surat yang saya print tu ada state yang boleh hold bayaran sampai before exam (if i not mistaken lebih kurang macam tulah surat tu state about yuran) saya still confuse nak bayar or not before pendaftaran this june. And kalau dah bayar skrg, how unimas can know that I've paid it? help me kak....
Deleteive already edit regarding fee. my mistake, sorry. Yup, mmg I bayar dulu kat bank islam RM1k lebih, then nanti bank islam ada bagi resit so you simpan resit tu as bukti yg u dah bayar. (I baru regain memory).
Deletethanks kak :)
DeleteAkak nak tanye, kalau masuk asasi sainssains hayat ni ade peluang tak nak fly overseas ? Pastu course Medic kat Unimas ok ke.
ReplyDeletesetakat ni Unimas belum ada hantar student medic fly oversea, mostly my friend yang sambung medic like Mesir diorang usaha sendiri pergi sendiri dah kat sana baru diorang try cari sponsorship. Maybe u can try to search more!
DeleteAssalamualaikum kak.. Saya nak tanya ... Harga tiket ke sana dgn family berapa ye ? Mmg cecah 400 lebih ke ? ššššššš
ReplyDeleteWaalaikumussalam, during my time masa dpt tahu result dpt Unimas then decide to go for it macam dah takde banyak masa, so tiket beli last min thats y tiket I mahal. Tapi biasa murah je sbb i selalu survey and beli awal. Mmg first time memang mahal tiket, sebab tu I dtg sorng tak bawak family (nasib baik bestfriends masa tu pun dpt Unimas)
Deleteassalamualaikum kak , asasi sains hayat ada subjek fizik ke?
ReplyDeletew'salam, tkde subjek fizik, more bio for sains hayat
Deletethankyou kak , may allah bless u n have a bright day !
DeleteSalam kak. Ada cth gmbr bilik prmpuan mcm mane tak? Jumpa gmbr bilik lelaki je�� do email me kalau ada nurathirah.m.sahidin@gmail.com
ReplyDeleteAssalamualaikum kak . Maaf menggangu . Nak tanya. Adakah saya layak ambil medik kalau saya dpt 4flat masa asasi tapi spm tu(bio A,km B+,fz C+,mm A,mt A-)?
ReplyDeleteWaalaikmussalam, u can try apply, sbb kengkadang requirement can changed depends on demand. Why not u try ask any lecturer :) For sure if your result 4flat they can consider it, fighting!
DeleteAssalammualaikum .I just got offered for foundation life science in unimas .But I do feel nervous as i only got B for biology spm .Do u think i can survive there kak ?š„Is there any students there that only got credit for bio ke mostly A+ je hm .
ReplyDeleteHaa another question hehhe.Boleh jd psychiatrist tak amik sc hayat unimas ni kalau ambil kos sc kognitif utk degree ?
ReplyDeleteSalam kak.. nak tanye mase kat kolej seroja nanti boleh bawa seterika & brg masak? Or kita perlu beli makanan di cafe saje?
ReplyDeleteWa'salam, boleh awak
DeleteThx so much kak:)
DeleteHi kak ? nak tanya masa pendaftaran tu kena pakai pakaian formal ke?
ReplyDeleteYes pakai baju formal
DeleteSalam Kak...how did u cope with all the stress doing the assignments, practical , pbl and tutorials
ReplyDeletewassalam, so far masa asasi not really tough compared to degree life. To cope all the stress im always do things that i like š
DeleteSalam Kak...how did u cope with all the stress doing the assignments, practical , pbl and tutorials
ReplyDeleteSalam, sis nak tanya kalau result spm subjek sains semua B tapi yg lain A ada possible x untk diterima masuk ke asasi sains hayat unimas?
ReplyDeleteMinimum c
Deleteakak,klu dpt asasi sains hayat unimas,sy kene ambik degree course ape erk supaya lpas degree tuh,sy bleh keje di hospital?? slain degree medic n nurse..šš
ReplyDeleteCurrently fakulti medik hanya menawarkan pengajian kedoktoran dn kejururawatan. Sebelum u nak sambung asasi unimas better research dulu ada tak course yg uols minat time degree nt :)
DeleteSalam. Akak nak tny kalau dh habis foundation in life science pastu nak ambik Doctor of Medic, dia still ambil kira result spm ke? Even dh score kat foundation?
ReplyDeleteYup diambil kira juga in my years dulu
DeleteHi, nak tanya, kalau ambik asasi sains hayat, boleh apply engineering tak utk degree?
ReplyDeleteHi sis...kalau dari sains hayat memang dapat ke engineer kimia??
ReplyDeleteAny related engineering course u should take asasi fizikal. Later on nt degree u dah ada basic knowledge
DeleteSalam sis saya tumpang tanya sikit. Saya minat asasi sains hayat unimas tapi ditawarkan asasi sains fizikal. Buntu fikir an sbb cita cita nak jadi doktor. Bole buat rayuan ker
ReplyDeletesaya tak pasti, tp boleh bincang dengan pentadbiran mungkin
DeleteHye akak, klu asasi boleh bawak kereta ke
ReplyDeleteboleh je sayang
Deletesalam akak kalau asasi sains hayat boleh sambung apa di unimas selain medic
ReplyDeletebiotech, zoology, plant science these one semua same faculty science and resources, n=banyak je lagi facukty lain, you can research more before decide
DeleteSalam, sis nak tanya untuk Asasi Hayat..belajar apa utk subjek Matematik? Adakah ia macam Engineering Maths??? Susah tak?
ReplyDeleteHi kak,nak tanya pasal kolej kediaman, kalau first year memang stay dekat kolej yg diberi kan? Then, next sem baru di keluarkan utk cari tmpat tinggal sendiri, itu yg sy dengar. Tapi kak, kalau sy rent place di kolej dahlia, perlu kumpul merit utk stay? Sebab dengar2 klw nak stay dekat kolej alamanda, cempaka etc~, mesti aktif dan berjawatan. Tapi, sy tidak pasti untk kolej dahlia.
ReplyDeleteDahlia you got money then everything settled. yang kolej provided macam alamanda, cempaka semua tu kena kumpul merit
DeleteHi kak,nak tanya...nak masuk asasi sains hayat ni ada belajar addmaths ke? Sy lemah addmath TT...btw sy lepasan spm 2020
ReplyDeletetaklah addmath. just more to math and ada sedikit je if im not mistaken. overall for me math penting
DeleteAssalammualaikum kak, nak tanya kalau lepasan asasi unimas boleh ke minta degree di ukm atau usm untuk jurusan sains forensik?
ReplyDeletewaalaikumussalam, once you masuk foundation unimas and masa degree nanti you link terus ke degree unimas. most my friends yang taknak sambung unimas akan sambung di ipts lain. so think first ada course yang awak minat tak dekat degree unimas nanti.
DeleteHai kak,nk tanya tinggi x saingan utk masuk ke asasi unimas?mostly dpt spm 5A ke atas atau ada juga yg dpt kurg drpada tu
ReplyDeleteHai akak,saya baru dapat tawaran asasi sains hayat dekat unimas.Saya nak tanya,macam mana apply bantuan kemasukan ipta yg both income parents bawah 10k?
ReplyDeleteRespect and I have a keen provide: What Home Renovation Expenses Are Tax Deductible house reno on a budget
ReplyDelete