Wednesday, December 30, 2015

Pengkalan Balak Melaka


     Hari ni nak cerita pasal cuti midsem haritu bulan November. Aku, Fiena gan Sharmin gigih semua turun padang nak jumpa Fizah kat Melaka. So sad Eza masa tu ada kem INTEC. So aku gerak dari larkin gan Fiena masa tu tiket bas RM 21 dari terminal Larkin ke Melaka Sentral. Masa dalam perjalanan nak pergi Melaka Sentral tu bas yang kitaorang naik berhenti kat perhentian sebelah. Apalagi sibuk nak pergi toilet. Then, aku perasan Fiena awat tenung lelaki tu macam tu. Sekali dalam toilet Fiena cakap 'Farahin lelaki tadi tu sleeq yang rapper tu'. Tapi sayang no picture to proof. Agak-agaklah nak amik gambar depan toilet. Hahahahaha

    Kitaorang bertolak pukul 10 pagi sampai Melaka Sentral kul 1 ptg,if i'm not mistaken, kitaorang miscommunication jap duk tawaf satu Melaka Sentral cari Sharmin (yang dah sampai awal dari kul 11 tengah hari lagi) dengan Fizah. Lepas dah jumpa tu kitaorang terus gerak pergi berjalan kat Bandar Hilir Melaka. 
Suasana di depan Stadhuys.
Kanak-kanak keriangan
Fizah si tour guide yang professional


Sharmin sedang apply semua concepts physics.



Sekitar Bandar Hilir Melaka juga ada menyediakan perkhidmatan sewa basikal 1 jam RM2.


    Setelah penat berjalan, perut telah berkeroncong. Fizah bawa kitaorang pergi tempat famous dan sering menjadi perbualan hangat sehingga sampai ke telinga Fizah. Kitaorang pergi ke ABC Tanjong. Serius ABC dia memang superb. Servis terbaik tak payah tunggu lama. Harga mampu milik siap boleh bertambah lagi. ABC Tanjong ni terletak 10km daripada bandar Melaka. Sebarang tempahan dan alamat boleh klik http://abctanjong.blogspot.my/


Mangkuk merah ABC Tanjong special RM 5 boleh share 2 orang. 
Mangkuk hitam Cendol Aiskrim RM 3.50

       Hati gembira perut kenyang, kitaorang terus ke destinasi yang dinanti-nantikan, Pengkalan Balak. Segala tempahan chalet kitaorang telah diuruskan oleh Fizah dan rakannya. Satu hari RM60 standard. Kalau nak chalet yang ada aircond RM100. Chalet dia terletak di hujung sekali. Sesiapa yang nak privasi boleh membuat tempahan di http://hjmahawachalet.blogspot.my/ sangat berbaloi dan chalet tersebut mempunyai pelbagai kemudaha termasuk tempat membuat BBQ. Korang just bawak arang gan tempat membakar dia je, yang jaring tu.


Chalet yang kitaorang ginap, chalet yang sebelah tuala biru tu.



Kalau korang dah habis mandi pantai mesti berpasir kan?
So korang bleh je masuk ikut pintu ni direct terus ke bilik air chalet korang. Taklah berpasir bilik korang nanti.


Bilik air dia sangat luas dan selesa.

 
Kipas juga disediaka. Serius sejuk.
 Korang akan bangun pagi ditemani bunyi ombak yang menderu-deru


Tv juga ada. Tak silap aku channel Tv 3 paling jelas. 
Bawah katil queen tu ada satu tilam queen lagi untuk sesiapa yang bawak gang ramai tapi nak jimat.
Serius sangat berbaloi tak payah nak sewa banyak 


 Chalet yang kitaorang duduk tu betul-betul depan pantai Pengkalan Balak.
Disebabkan chalet tu terletak di hujung sekali lebih privasi bagi wanita untuk bermandi-manda di pantai.


 Nak cari makanan femes Melaka yang bakar-bakar tu jangan risau, dekat dan mudah nak cari. Sepanjang Pantai Pengkalan Balak tu akan ada deretan chalet dan Restoran yang menyediakan pelbagai juadah istimewa. Tak payah nak keluar bandar jimat minyak kereta. 


Tomyam dan kailan ikan masin.


Haa tu dia, ikan siakap masa tiga rasa.

Esoknya lepas subuh dan sarapan pagi, kitaorang apa lagi lah mandi-manda kat Pantai Pengkalan Balak. Sampai kul 12 tengah hari. Amekaw seronok punya pasal habis gelap kulit jap. Tapi serius best sebab chalet kitaorang kat hujung tak ada ramai orang, tapi memang takde orang pun mandi area kitaorang. That's why kitaorang pilih jauh sikit, biar tak ramai orang senang.