Sunday, May 28, 2017

Cara Mudah Skor A Addmath SPM Dengan Mudah

Assalamualaikum, omoo sekarang study week. Walaupun dalam bulan Ramadhan Kareem, still nafsu laghaa bila bukak laptop tu ada. Allahu.

Actually tengah tengok folder gambar lelama nak cari gambar my mom nak letak as a background picture kat lappy, time2 laghaa tengok gambar parents mesti insaf punyaa. huhuhuhu

And I found old pics when I at Sasem, how I managed to score subject Addmath. Alhamdulillah.
Just simple and cheap method je.

1) Sebelum belajar, baca doa, betulkan niat ceh

2) Jangan tido or skip class, kalau tertinggal cepat catch up balik sebab nanti rasa loss gitu.

3) Semua benda addmath punya latihan or activities in class punya material bawa balik, and tampal kat dinding. Sambil korang beborak gan member sementara tunggu light off boleh baca.

Senior duduk katil atas sebab bawah kipas.
Sambil berangan pun boleh baca wei!


1st batch Sasem masa tu takde LCD, so kitaorang banyak guna kertas mahjong.

Setiap sudut dalam bilik aku tampalnya formula addmath
Dari darjah 1 sampai f5 rumah kuning. Tu pakai cadar kaler kuning lol.

Pastikan sebelum tampal latihan tu, cek dulu betul ke idokk. 
Karang kome hafal yang salah



5) Banyakkan buat latihan. Aku suka belajar dari jawapan addmath kat belakang buku hahahahaha

Tu je tips yang aku nak share, simple as that. So All The Best !!

P/s: Doakan aku Final Sem 4 mudah jawab and result gempak kebaboom!! Mem besar kat rumah mintak dekan lagi sem ni.

Wednesday, May 10, 2017

Tempat makan menarik di Kelantan

Assalamualaikum, kali ni nak flashback masa cuti sem lepas. Time cuti sem 3 nak masuk sem 4. so cuti sebulan je lols. First time rasanya, time cuti sem aku tak part time huhuhuhu. Bersenang-lenang di rumah sahaja, then followed my cousin yg kat Segamat balik Kelantan for 7 days.

Bila bukan musim perayaan sekaligus takde kena-mengena dengan cuti awam, memang tak banyak relatives yang balik. So just ada, my grandma and my maksu (act masa tu dia tengah busy prepare her wedding.) So I'm the first one yang dah jumpa bakal paksu masa tu (now we called him ayahsu), sebelum other relatives soal siasat lol.  

7 hari di hometown sangatlah sekejap. Tolak ikut nenek pergi bekwoh (kenduri), masa time ni nenek aku gigih pergi semua kenduri yang diadakan sebab anak bongsu dia nak kahwin hahahahaha, and aku kena marah sebab tak bawak balik banyak jubah huhu. Semua benda craving aku cuba dapatkan within this 7 days.

1. Kek viral seringgit kat Bachok

Jangan tanya beratur dia panjang mana, sebab Maksu aku yang belikan hahaha. Kek dia amatlah besar, penuh lemak berkrim gitu. Bayangkan aku habiskan semua kek tu sebab Maksu aku tengah diet nak kahwin and my grandma pantang benda manis2. Simpan sikit sebab esok nak jumpa Syifa derak (jalan2 kat Kota Bahru)
Whole kek ni RM10, kalau sepotong RM1 je. .
Seriously sedap, tak muak very worth it!



2. Nasi Ulam Cikgu  

Pelbagai jenis hidangan dan masakan Kelantan yang disediakan. Pilih je lauk apa yang korang nak then letak kat meja. Nanti waiter dia datang untuk kira dan selitkan resit bawah pinggan, bayar kat kaunter selepas selesai menjamu selera. Waktu operasi Restoran Nasi Ulam Cikgu setiap hari kecuali Jumaat. Dibuka pada jam 11 pagi-5 petang. Harga dia amatlah murah!
Ikan keli goreng, ayam berempah, sambal belacan, ulam, budu, gulai ikan keli, sayur masak lemak.
Ni pun aku nak amik lauk lagi sebab lupa kami berdua je.

Dating gan Syifaa. Thanks bawak datang sini. Actually this is my first time come here.
Selalu balik time perayaan memang jalan sesak


Lepas kenyang, berjalan-jalan ke Istana Jahar terletak berhampiran dengan Restoran Nasi Ulam Cikgu.


3. Pasar Besar Siti Khadijah

Destinasi seterusnya, aku dan Syifa ke pasar, sebab dia kata ada jual air jus murah RM2 je. Pelbagai barang masakan, buah tangan, tempat makan dan banyak lagi boleh didapati di Pasar Besar Siti Khadijah. Aku sempat borong kepok keping dan dodol durian.

Waktu ni petang, kalau pagi memang ramai giler orang.
Yang mana nak cari kuih-muih tradisional Kelantan boleh datang pasar ni pada waktu pagi.




Aiskrim ni aku lupa harga dia RM2 /RM3 macam gitu.
Aiskrim kelapa ditabur roti, jagung, kekacang, buah dalam tin (lupa nama dia), bersama coklat dan sprinkle kaler2.
Yang pasti murah dan besar.

Air jus oren dan epal segar. Memang rasa jus yang sebenar dengan kemanisan yang tidak melebih.
Memang segar-bugar lepas minum ni. Dahlah murah RM2/ seplastik  dan amatlah besar.


4. Pasar Malam di Kelantan.

Semua pasar malam best kot. Yang pasti Pasar Malam kat rumah nenek aku di Pasir Putih tak berapa pasar malam. Sebab azan Maghrib berkumandang, most kedai tengah siap-siap packing barang tutup kedai. Bersiap-siap balik dan solat. And the price of most food sangatlah murah. Nenek aku cerita, masa haritu abah aku balik dengan Azim. Then, abah aku beli goreng-goreng banyak giler sampai tak terhabis dibuatnya. Abah aku kata tak tahu sini murah, tu yang beli RM4 kalau kat JB.....
Ada dua gambar je aku sempat snap. Yang lain ada kat dapur masa tu
Giant coconut shake RM3. In the pic, aku dah sedut banyak hahahaha

Kerabu maggi biasa RM2.50.
Aku tanya peniaga tu, 'Akak kalau special ada apa je?'
Dia cakap ada udang, sotong dan bla.bla


5. Warung & Restoran di Kelantan

Warung-warung area dekat rumah nenek aku murah dan sedap beb, Kg Wakaf tak silap. Aku dan Maksu jenjalan naik motor nak pi pekena mee celup. Kitaorang order 2 mee celup, 1 nasi goreng tomyam, air bandung dengan aku lupa makcik aku order air apa. Bila nak bayar tu, aku terkejut beruk bila akak tu kata RM9 dik. I was shocked and amazed. (Aku malu nak snap pic, sbb ramai manusia)
Semua kedai makan kat Kelantan best, korang kena pandai cari je.

Laksam, mee celup perut lembu, abc dan yang ijo tu maksu aku punya. (lupa nama dia cendol pulut abc ke?)
Total semua plus laksam sebungkus untuk my grandma RM16 if I'm not mistaken
Gambar ni dekat Warung Bukit Jawa depan kedai akok mak Fizo Omar.


Nanti aku sambung balik update makan places yang menarik di Kelantan.
Yang pasti cuti sem haritu sangatlah bermakna sebab duduk rumah, jenjalan, makan je keje dan merapatkan silaturrahim. Yang penting tak keje part time ahahahahaaaha. Sebab takde wishlist nak apa masa tu. Aku syak kena part time next cuti sem sebab fall in love dengan Adidas zx flux S78796