Sunday, November 22, 2015

Kampung Budaya Sarawak / Sarawak Cultural Village

Hari ni aku nak cerita paasal Kampung Budaya Sarawak dan dikenali juga dengan Sarawak Culture Village. Actually aku pergi Kampung Budaya (KB) ni tahun lepas. Sewaktu Asasi Unimas dulu. Aku rasa tahun lepas banyak aku merayap pergi tengok tempat nature. Tahun ni belum pergi lagi kot, mungkin sebab tak ada kembar aku mungkin. Selalunya dia lah yang drive pergi tempat-tempat destinasi kami se-gang. Aku rindu dia (jgn dia baca sudah, kembang-kempis karang). 

Kampung Budaya Sarawak terletak berhampiran dengan Pantai Damai dan Gunung Santubong. Next time, aku update pasal Pantai Damai. Dari Unimas memakan masa hampir sejam lebih untuk sampai ke KB. Nanti dah sampai sana, korang kena bayar tiket atau pas masuk dahulu. Kalau bawak kad pelajar atau kad matrik RM 15/person. Tanpa kad pelajar RM 60/person dan dapat buku pasport. Rupa dia sama macam pasport, fungsinya kalau korang pergi ke rumah yang terdapat dalam KB tu nanti minta cop dengan orang yang jaga rumah tu. Nanti korang dah ingat rumah mana yg korang dah melawat. Jangan terlepas untuk menonton pertunjukkan tarian tradisisonal etnik di Sarawak. Persembahan tersebut diadakan 2 kali setiap hari iaitu pada jam 11 pagi & 6 petang.

Kawasan KB memang sangat-sangat luas. Kitaorang mengambil masa 3 jam untuk menghabiskan round seluruh KB. Tetapi kami tertinggal nak masuk satu rumah yg bersebelahan dengan tempat menjual cenderahati. Dinasihatkan, nak pergi sana bawa banyak air mineral, kalau rajin bawa bekal sekali, monopod, handphone canggih-canggih yang kamera lawa dan peralatan yang korang rasa pentinglah.

Dekat sana, masa kitaorang pergi tahun lepas kitaorang solat zohor dan rehat sebentar dekat rumah melayu. Nanti korang masuk sana ada makcik-makcik yang sedang berghazal atau menyanyi (aku tak tahu istilah dia yang sebenar. Maaf jika silap). Masa makcik tu berhenti menyanyi kitaorang pun minta izin nak tumpang sembahyang.

Rumah Melanau
Rumah Orang Ulu.

Tangga rumah orang Ulu. Kebanyakkan rumah etnik di Sarawak ni banyak tangga tinggi-tinggi.
Get ready stamina korang!

Kat belakang tu hasil tangan mereka.
Behind the scenes, adjust monopod ketat-ketat biar telefon tak jatuh.

Warna kuning tu, pas masuk dalan Sarawak Culture Village.

Ada air terjun kat sana. Tak nampak ada orang mandi atau rendam kaki pun.

Jambatan femes kat sana. Ramai orang buat profile picture hahahaha.

Rumah orang Bidayuh.

Antara rumah di Sarawak Culture Village.

Rumah panjang Kaum Iban.

Balkoni rumah panjang kaum Iban.

Setiap rumah adajual perhiasan atau makanan mengikut kaum masing-masing.
Memang seronok sangat Kampung Budaya Sarawak. Sangat berbaloi dan akan pelajari banyak tentang ciri-ciri setiap kaum di Sarawak. Masa pergi kat sini, aku teringatkan cerita How Dalat's Got Its Name. Lepas balik dari Kampung Budaya Sarawak kitaorang singgah isi perut di Warung Kopi'O Corner. Nanti saya update tempat makan menarik di Sarawak.