Wednesday, June 17, 2020

Transaksi Debit Tidak Berjaya Tetapi Duit Dalam Akaun Ditolak

Assalamualaikum,

Pernahkah anda mengalami situasi seperti diatas?

Anda telah membuat pembayaran melalui debit dari akaun anda, setelah swipe beberapa kali transaksi masih tidak berjaya? Lalu anda membuat pembayaran melalui tunai.
Kemudian hari, anda menyemak baki simpanan anda telah berjaya ditolak.
Kiranya anda telah membuat bayaran 2x iaitu debit yang tidak berjaya dan tunai.

Harini aku nak share macam mana untuk claim balik duit yang telah ditolak oleh pihak bank tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

1) Jangan panik!
Call pihak bank bagi memastikan bahawa transaksi telah berjaya atau tidak. Sekiranya berjaya pihak bank akan menasihati anda ke kedai/ butik tersebut untuk pengesahan.

2) Pergi ke butik atau kedai yang anda telah membuat transaksi untuk semakan settlement report pada tarikh kejadian berlaku.
 Aku pergi balik dekat butik yang aku shopping haritu. Bagitahu elok-elok dekat cashier tu pasal masalah yang menimpa dan request nak tengok  settlement report pada hari kejadian. Situasi aku masa tu takde langsung resit yang menunjukkan aku telah berjaya membuat transaksi dari kad RHB aku tetapi history bank tujuk duit dah berjaya deduct di butik tersebut.
p/s: Jangan lupa untuk snap gambar settlement hari kejadian sebab kat situ ada merchant no. & no manager butik tersebut.


3) Call bank semula.
Dan call semula pihak bank. Masa ni  call RHB customer service seharian tak angkat. Disebabkan tak berangkat aku menghubungi pihak RHB di Twitter dan direct message mereka. Lepastu pihak RHB akan call kita semula. Part ni memerlukan kesabaran yang tinggi hahahhahaha.

4) Isi Disputed Form (Borang Wang yang Dipertikai)
Boleh isi disputed form bank masing-masing. Print borang tu, isi manually dan scan or snap gambar semula. Disputed form RHB click here

4) Email report anda.
Email report anda kepada alamat email yang telah diberikan oleh pihak bank. Sertakan maklumat yang pihak bank maklumkan. Seperti kes aku, pihak bank minta full name, ic, card number, report no. dan contact no. Dekat email tu sila attachkan sekali disputed form, settlement report, and receipt transaction by cash.


Truly Thanks to staff Silver Planet Angsana atas kerjasama yang diberikan.
I paid RM 358 for RM179 things heheehehehe.
Masa ni belanja Sofea kasut sekolah sebab dapat 5A 1B in her UPSR
Settlement report masa hari kaejadian sebab kat atas tu ada merchant no. untuk rujukan pihak bank.


Resit transaksi yang membuktikan bahawa saya telah membayar 2 kali pada hari tersebut.
Pihak bank suruh tunggu dalam masa 30 hari untuk mereka selesaikan masalah ini.
Mungkin sebab amount aku tak lah banyak sangat so boleh dapat balik dalam masa 2 minggu.