Tuesday, April 4, 2017

Cendol Mami Kuching


Hari ni nak suggest one place yang memang best for those ngidam nak makan benda manis (sweet tooth).  Lokasi cendol mami. Terletak bersebelahan Masjid Gita. Lepas kenyang boleh terus solat. Waktu operasi Isnin-Ahad (10.30 a.m-6.30 p.m.).

Dah lama sistur2 plan nak pekena cendol mami.



wajib try!!

Antara menu yang terdapat di Cendol Mami dengan harga yang berpatutan!

Rojak Ayam dia bagi aku kuah dia tak berapa nak power.


Kerabu maggi dia power rasa macam kerabu maggi Thai tu.
Recommended for veggie and maggi lover


Mee belacan for those exotic lover can try it!
Sis mampu makan beberapa suap je huhuhu

Ni yang paling win!
Keropok lekor dia gebu, worth it RM 3.50

 Dari kiri-kanan: Cendol durian, cendol macam2 ada, cendol laici & cendol cincau.

Sis rasa yang paling win cendol durian


Tips ajak kawan reramai pergi  cendol mami then setiap sorang order lain2 menu, so you guys dapat try semua.


Ada gambar sis terdelete or lupa nak snap, which is cucur campur dengan rojak buah.
Cucur campur dia ada berapa kerat hot dog, keledek goreng, tauhu goreng and other.
Rojak buah dia banyak timun, manga, sengkuang and others. Rasa bolehlah, dia punya kicap pekat.
Btw, overall was okay reasonable with the prices. The place so comfy and sevice is good :)