Saturday, March 5, 2016

Review Seoul Garden Hot Pot Vivacity


Lepas balik kelas Arab melawat Che Wan (schoolmates) then dia ajak pergi imigresen cop pas pelajar. Sebab pas pelajar zaman asasi 2015 hari tu dah tamat so kena renew yang baru. Kitaorang pergi imigresen Kota Samarahan je naik kereta yang dipandu oleh Fana. Very convenient sebab tak ramai orang pun kat sana. And service tip top. After dapat pas pelajar tu kena cek tau!! Sebab Che Wan punya pas pelajar gender dia male hahahaha. Alhamdulillah cepat sedar dan dia punya pas pelajar dah diperbetulkan.

     After semua selesai, kitaorang bertiga pergi Vivacity. Layankan Che Wan yang mengidam nak makan bibimbap Seoul Garden Hot Pot. Beza Seoul Garden is buffet, korang bayar sebelum enter restaurant then korang boleh pilih ingredients mana yang korang nak makan, masak sendiri ikut citarasa masing-masing dan makanlah sampai lebam. (Some tips kalau nak makan seoul garden usually aku pergi weekdays and guna student card sebab ada diskaun). While Seoul Garden Hot Pot, korang order apa jenis makanan ikut citarasa tekak masing-masing, then chef  betauliah yang akan masak. Tempat ni aku suggest for those who love watch K-drama and want to try their food.

The service very tiptop maybe sebab aku pergi tu bukan peak time. Hidangan dia memang besar boleh share dua orang. The price reasonable. Yang pasti makanan diorang boleh diterima oleh tekak aku.


Aku dan Che Wan order ni, Marinated beef bibimbap RM 16.90 boleh share dua orang.
Nasi yang diselaputi dengan tauge, carrot,kimchi, telur kuning dan hirisan daging.
Siapa yang tak makan tauge & carrot tu habislah!!

Egg steamed (aku lupa full name dia) RM 20.90
Kitaorang adds on sebab bibimbap tu takde kuah sangat.
 Masin weh!!  Yang ada darah tinggi jangan order !!
Fana order Chicken Kimchi RM 13.90 adds on rice RM (1++).
Sedap weh macam masakan melayu!!
Ni lah Che Wan Nor Fittry Ellina. Kawan aku dari Sasem lagi.
Jarang jumpa sebab dia kolej dan fakulti lain. Kalau jumpa memang banyak lah cerita jadinya


Gambar gegar tapi still nak post jugak.
 Kenalkan tudung putih Fana, she is sarawakian yang sangat lemah lembut.
Thanks tau haritu sponsor kereta :)))




Friday, January 8, 2016

Air Terjun Rachan, Serian Sarawak

      Disember hari tu, Rocky dan Jess ajak beraya rumah diorang sempena Hari Natal. Kitaorang pun berconvo dengan 2 buah kereta. Firstly pergi rumah Rocky pick up dia nak pergi rumah Jess. Pastu mak dia ajak masuk makan-makan. Spaghetti mak dia sedap kebaboom giler. Berkawan gan Rocky aku belajar banyak benda dari dia. Contohnya, he knows more about Islam. Kalau dia beli air kat tempat macam dia tak tahu orang yang buat tu Islam atau tak, nanti dia bagitahu awal-awal "aku rasa korang takyah lah minum air ni". Kalau keluar tu bab solat memang dia ambil berat. "Korang solat dululah".
      Lepas pergi rumah Rocky baru gerak pergi rumh Jess. First time aku kenal Jess, kawan Afiq gan Ayie. Masa asasi, aku tak pernah nampak dia pun sebab aku pun asyik terperuk dalam bilik je. Rumah Jess makan lagi, makan nasi lemak gan kek cheese yang cheesenya melimpah ruah teramat. Nasi lemak, parents dia tempah catering sebab rumah dia time hari natal tu memang ramai orang datang beraya tanpa mengira kaum dan agama. Truthly, I love too see this culture. Macam dalam buku teks zaman sekolah dulu, perayaan disambut dengan pelbagai kaum tanpa mengira agama.
     Dah kenyang barulah kitaorang teruskan misi kitaorang nak makan durian. Sepanjang jalan ke Serian tu banyak je orang jual buah durian, rambutan dan banyak lagi. Kitaorang beli 3 ikat rambutan RM 6, 14 biji durian RM 60 dan buah mempelam sebakul kecik RM2. Sangat berbaloi sebab memang sedap. Lokasi kitaorang melantak durian dekat taman rekreasi Air Terjun Rachan, Serian. Masuk percuma. Memang ramai pengunjung selalunya. Tapi time kitaorang pergi tu, baru lepas serik hujan so mostly ramai pengunjung dah balik.


Keluarga Rocky hahahahaha


Yang tengah berbaju merah Rocky dan Jess.
 Terima kasih sudi menjemput dan menjamu kitaorang 



Gang Food Hunter tak cukup sorang sebab dia sibuk pergi serikin lagi.
Durian dulu baru air terjun.
                                               

Belakang tu bukan baju kitaorang.
 Kalau dah bawak baju lebih memang confirm diorang dah selamat bermandi-manda.

Air Terjun Rachan yang jernih dan menyegarkan.

Koleksi fotografi Wan sebelum jatuh tergelincir.
Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan parah.


Ayie yang tabah, study week tanpa telefon bimbit.
                                             

 Short escape dari study week yang sangat menyeronokkan dan ter-release-lah tension menghafal slide dan memahami semua chapter.

Wednesday, December 30, 2015

Pengkalan Balak Melaka


     Hari ni nak cerita pasal cuti midsem haritu bulan November. Aku, Fiena gan Sharmin gigih semua turun padang nak jumpa Fizah kat Melaka. So sad Eza masa tu ada kem INTEC. So aku gerak dari larkin gan Fiena masa tu tiket bas RM 21 dari terminal Larkin ke Melaka Sentral. Masa dalam perjalanan nak pergi Melaka Sentral tu bas yang kitaorang naik berhenti kat perhentian sebelah. Apalagi sibuk nak pergi toilet. Then, aku perasan Fiena awat tenung lelaki tu macam tu. Sekali dalam toilet Fiena cakap 'Farahin lelaki tadi tu sleeq yang rapper tu'. Tapi sayang no picture to proof. Agak-agaklah nak amik gambar depan toilet. Hahahahaha

    Kitaorang bertolak pukul 10 pagi sampai Melaka Sentral kul 1 ptg,if i'm not mistaken, kitaorang miscommunication jap duk tawaf satu Melaka Sentral cari Sharmin (yang dah sampai awal dari kul 11 tengah hari lagi) dengan Fizah. Lepas dah jumpa tu kitaorang terus gerak pergi berjalan kat Bandar Hilir Melaka. 
Suasana di depan Stadhuys.
Kanak-kanak keriangan
Fizah si tour guide yang professional


Sharmin sedang apply semua concepts physics.



Sekitar Bandar Hilir Melaka juga ada menyediakan perkhidmatan sewa basikal 1 jam RM2.


    Setelah penat berjalan, perut telah berkeroncong. Fizah bawa kitaorang pergi tempat famous dan sering menjadi perbualan hangat sehingga sampai ke telinga Fizah. Kitaorang pergi ke ABC Tanjong. Serius ABC dia memang superb. Servis terbaik tak payah tunggu lama. Harga mampu milik siap boleh bertambah lagi. ABC Tanjong ni terletak 10km daripada bandar Melaka. Sebarang tempahan dan alamat boleh klik http://abctanjong.blogspot.my/


Mangkuk merah ABC Tanjong special RM 5 boleh share 2 orang. 
Mangkuk hitam Cendol Aiskrim RM 3.50

       Hati gembira perut kenyang, kitaorang terus ke destinasi yang dinanti-nantikan, Pengkalan Balak. Segala tempahan chalet kitaorang telah diuruskan oleh Fizah dan rakannya. Satu hari RM60 standard. Kalau nak chalet yang ada aircond RM100. Chalet dia terletak di hujung sekali. Sesiapa yang nak privasi boleh membuat tempahan di http://hjmahawachalet.blogspot.my/ sangat berbaloi dan chalet tersebut mempunyai pelbagai kemudaha termasuk tempat membuat BBQ. Korang just bawak arang gan tempat membakar dia je, yang jaring tu.


Chalet yang kitaorang ginap, chalet yang sebelah tuala biru tu.



Kalau korang dah habis mandi pantai mesti berpasir kan?
So korang bleh je masuk ikut pintu ni direct terus ke bilik air chalet korang. Taklah berpasir bilik korang nanti.


Bilik air dia sangat luas dan selesa.

 
Kipas juga disediaka. Serius sejuk.
 Korang akan bangun pagi ditemani bunyi ombak yang menderu-deru


Tv juga ada. Tak silap aku channel Tv 3 paling jelas. 
Bawah katil queen tu ada satu tilam queen lagi untuk sesiapa yang bawak gang ramai tapi nak jimat.
Serius sangat berbaloi tak payah nak sewa banyak 


 Chalet yang kitaorang duduk tu betul-betul depan pantai Pengkalan Balak.
Disebabkan chalet tu terletak di hujung sekali lebih privasi bagi wanita untuk bermandi-manda di pantai.


 Nak cari makanan femes Melaka yang bakar-bakar tu jangan risau, dekat dan mudah nak cari. Sepanjang Pantai Pengkalan Balak tu akan ada deretan chalet dan Restoran yang menyediakan pelbagai juadah istimewa. Tak payah nak keluar bandar jimat minyak kereta. 


Tomyam dan kailan ikan masin.


Haa tu dia, ikan siakap masa tiga rasa.

Esoknya lepas subuh dan sarapan pagi, kitaorang apa lagi lah mandi-manda kat Pantai Pengkalan Balak. Sampai kul 12 tengah hari. Amekaw seronok punya pasal habis gelap kulit jap. Tapi serius best sebab chalet kitaorang kat hujung tak ada ramai orang, tapi memang takde orang pun mandi area kitaorang. That's why kitaorang pilih jauh sikit, biar tak ramai orang senang.