Friday, January 8, 2016

Air Terjun Rachan, Serian Sarawak

      Disember hari tu, Rocky dan Jess ajak beraya rumah diorang sempena Hari Natal. Kitaorang pun berconvo dengan 2 buah kereta. Firstly pergi rumah Rocky pick up dia nak pergi rumah Jess. Pastu mak dia ajak masuk makan-makan. Spaghetti mak dia sedap kebaboom giler. Berkawan gan Rocky aku belajar banyak benda dari dia. Contohnya, he knows more about Islam. Kalau dia beli air kat tempat macam dia tak tahu orang yang buat tu Islam atau tak, nanti dia bagitahu awal-awal "aku rasa korang takyah lah minum air ni". Kalau keluar tu bab solat memang dia ambil berat. "Korang solat dululah".
      Lepas pergi rumah Rocky baru gerak pergi rumh Jess. First time aku kenal Jess, kawan Afiq gan Ayie. Masa asasi, aku tak pernah nampak dia pun sebab aku pun asyik terperuk dalam bilik je. Rumah Jess makan lagi, makan nasi lemak gan kek cheese yang cheesenya melimpah ruah teramat. Nasi lemak, parents dia tempah catering sebab rumah dia time hari natal tu memang ramai orang datang beraya tanpa mengira kaum dan agama. Truthly, I love too see this culture. Macam dalam buku teks zaman sekolah dulu, perayaan disambut dengan pelbagai kaum tanpa mengira agama.
     Dah kenyang barulah kitaorang teruskan misi kitaorang nak makan durian. Sepanjang jalan ke Serian tu banyak je orang jual buah durian, rambutan dan banyak lagi. Kitaorang beli 3 ikat rambutan RM 6, 14 biji durian RM 60 dan buah mempelam sebakul kecik RM2. Sangat berbaloi sebab memang sedap. Lokasi kitaorang melantak durian dekat taman rekreasi Air Terjun Rachan, Serian. Masuk percuma. Memang ramai pengunjung selalunya. Tapi time kitaorang pergi tu, baru lepas serik hujan so mostly ramai pengunjung dah balik.


Keluarga Rocky hahahahaha


Yang tengah berbaju merah Rocky dan Jess.
 Terima kasih sudi menjemput dan menjamu kitaorang 



Gang Food Hunter tak cukup sorang sebab dia sibuk pergi serikin lagi.
Durian dulu baru air terjun.
                                               

Belakang tu bukan baju kitaorang.
 Kalau dah bawak baju lebih memang confirm diorang dah selamat bermandi-manda.

Air Terjun Rachan yang jernih dan menyegarkan.

Koleksi fotografi Wan sebelum jatuh tergelincir.
Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan parah.


Ayie yang tabah, study week tanpa telefon bimbit.
                                             

 Short escape dari study week yang sangat menyeronokkan dan ter-release-lah tension menghafal slide dan memahami semua chapter.

No comments:

Post a Comment