Sunday, November 20, 2016

Field trip Mycology Forest Matang Wildlife, Sarawak

Harini aku nak share pasal field trip mycology & forest di Matang Wildlife Centre pada masa cuti midsem haritu 24 - 30 Oct 2016. Field trip ni berjalan dengan jayanya selama 5 hari. Pelbagai persediaan telah dilakukan sebelum pergi field trip ni. First of all, kami kena cari 10 orang ahli dalam setiap kumpulan. Memandang populasi lelaki dalam subjek myco amatlah susut, mereka menjadi rebutan setiap kumpulan. Finally our group managed to get three boys (\','\)(/','/)  
Bukan apa senang kalau ada nak suruh angkat microscope. Kay gurau je

Pagi 24 Oct, seluruh pelajar diminta berkumpul  di lobi FSTS sebelum bertolak.
Segala microscope, meja, steamer dan banyak lagi juga diangkut ke dalam bas untuk dibawa bersama ke Matang Wildlife. Memang aku rasa muatan masa tu amatlah berat, maklumlah setiap sorang dah angkut paling kurang pun 2 bag yang berat dia macam ada batu je dalam tu.

Sebelum bertolak, masa ni tak sunburn lagi. Hahahahaha


Request nak makan cek mek molek, and Syifa' buat.
Banyak giler dia buat sampai satu bas makan  sorang satu.
Aku makan 3 biji. Opecekos
Singgah jap sarapan sekali tapau untuk makan tengah hari sekali.


Mee Jawa Special favorite all the time
Perjalanan ke dari Unimas ke Matang Wildlife setelah dicampur tolak waktu berhenti untuk sarapan mengambil lebih kurang 1 jam 45 minit. Pelajar perempuan ditempatkan di rumah khemah manakala pelajar lelaki di chalet. Kenapa aku panggil rumah khemah sebab dia berbatu dan bermozek macam rumah tapi tidak berdinding gitu, kiranya kena tutup gan kanvas macam khemah gitu.
On the first day, masa sampai kat Matang, we got a free time nak kemas ke hias rumah khemah, jalan-jalan or tolong pakcik-pakcik untuk masak. Hari ke-2,3 dan 4 baru masa ni kiteorang masuk hutan. Setiap hari akan dibahagikan kepada 4 kumpulan; 2 kumpulan ke myco lagi 2 kumpulan ke forest. While group yang free (bergilir-gilir dan setiap kumpulan akan ada satu hari free)  akan tolong pakcik-pakcik untuk memasak dan membungkus makanan untuk mereka yang ada field work on that day.


Tolong pakcik tu sediakan bahan-bahan untuk tumis selama 5 hari.
Potong kecik halia, bawang merah, putih dan lain-lain dulu,
 sat gi blender kat Longhouse. 

Ni supervisor kecik pakcik tukang masak sebab kerja dia memantau je :))

Curi tulang sat sebab blender ada satu je hahahaha
Hari pertama, our group called Arab Saudi (aku tak tahu kenapa Zaki bagi nama ni lol) buat field work mycology iaitu kena masuk hutan Sungai Rayu, Matang Wildlife untuk kutip 30 species cendawan yang berbeza. Tak boleh sama species dalam satu kumpulan. Memang banyak pun cendawan dalam hutan #nodoubt sebab lagipun cuaca masa bulan Oktober yang lepas panas di siang hari dan hujan di kala petang. #TIPS kalau fieldwork mycology please pilih hari pertama sebab masa tu cendawan banyak giler yang besar-besar dan belum dikebas oleh group lain and korang semua tak payah gigih nak kena masuk hutan tu dalam sangat.

Here are some species that we found in Sunga Rayu, Matang Wildlife;
Gils mushroom, you can see vulva.
Vulva yang bawah kat batang dia tu.
Puffball mushroom jumpa dekat sungai.
Yang bertingkek-tingkek pun Arab Saudi (nama kumpulan kiteorang)  jumpa

Non gils mushroom, substrate on dead wood.

Pelbagai dugaan dan dengki manusia masa nak amik gambar ni tau.
Tahukah anda sis gayat.

Arab Saudi bersama Prof. Sepiah.
Dekat sinilah kitaorang jumpa puffball mushroom.
Aliaa si penjaga cendawan.
Sesi mengira cukup tak 15 gils & 15 non gils mushrooms 
Dalam pukul 12 tengah hari sesi mengumpul dan mengutip 30 different species of mushroom selesai.
Fieldwork kiteorang tidak tamat begitu sahaja. Kiteorang bentangkan semua cendawan dan setiap sorang kena ada 3 species cendawan; 1 gils, 1 non-gils another one bebas nak pilih mana-mana.
 First, kena describe morphology characteristic of our mushroom, fill in  the form provided. Kena tengok pore surface, hyphae, spore dan banyak lagi. Kerja tengok bawah microscope ni mengambil masa semalaman. Dan aku masa hari ni rasa lost giler, ada certain yang kena observe aku tak buat dan aku buang semua species yang aku observe. #Tips korang nanti jangan buang sebab nanti boleh buat lagi dan Prof Sepiah tak bagi buang beliau suruh kita dry all the mushroom sebab beliau nak buat reference for study. Sebab certain species susah nak dijumpai.

Dried sample of mushroom must sealed in the plastic that provided and labeled the species.
These specimen will be kept in Unimas Herbarium


The solution of color changes of mushroom.
Hari kedua, kumpulan kiteorang free, gotong-royong tolong pakcik-pakcik menyediakan makanan.
Aku punya semangat sebelum subuh dah mandi sebab ingat harini da field work forest.
Mereka semua mentertawakan semangat aku yang beria-ria nak pi forest, sekali salah schedule.
Malu wei, semua tanya aku hari ni buat apa aku jawab dengan semagat 'forest'. Sekali time gotong royong bungkus makanan jumpa member yang tadi tanya aku hari ni buat apa. 
hahahahaha malu sesangat,
Bila free macam ni bolehlah nak berjalan tengok Aman dan bujang senang. Kiteorng nak pergi petang tu, tapi cuaca hujan lebat so takde peluang nak pergi. Takpe esok sempat lagi sebab forest punya field work sekejap sahaja.


Zaki sedang berdoa dan Muslaa yang dah standby nak nasyid.
Acah-acah candid before briefing fieldwork myco.
Hari ketiga, kumpulan kiteorang fieldwork untuk subjek Forest pulak. Hasil kaji selidik kumpulan sebelum ni mengatakan Forest sekejap je pukul 11am tu dah siap. Forest punya fieldwork kiteorang kena plot sampling ikut borang yang prof dah bagi 20m x 20m, 50m x 20m dan banyak lagi. Lepas tu, kawasan yang kiteorang dah plot tu, kena identified, measured the height and DBH species in the plot. Tugas aku masa ni kena ukur tinggi pokok sama dengan Nazirul.  Aku guna suunto clinometer, while Nazirul guna Haga altimeter. Beza dua ni yg aku punya kena jarak dari pokok 10m while Nazirul 15m. Tapi aku punya apparatus manual sebab mata kiri ko tembak bahagian pokok, mata kanan ko baca bacaan kat suunto clinometer. Kalau Nazirul punya ko just tembak bahagian base & first branch pokok, tambah tolak dapat calculation tinggi pokok.

Acah-acah penembak negara padahal dia nak sukat tinggi pokok je.
Yang baju hijau tu takut kena tembak tu yang belakang sangat.

Pakcik yang belakang beg dia ada topi kuning tu lah yang
guide our group and help us to identified species or local name of the trees.
 We need to find, identify 40 species trees in our plot.
 Terima kasih pakcik forr helping us a lot :)
Picture with Prof Ismail, yang aku pegang tu suunto clinometer kecik je macam kompas.
Yang Nazirul pegang acah-acah pistol mainan tu Haga altimeter.


Selesai fieldwork forest, semua tengah lap peluh, nangis kegembiraan dan murung kesedihan
Kembali ceria jap lagi nak pi cari Aman (orang utan)

Jangan disangka air yang tenang tiada buaya.
Jangan disangka semua lelaki buaya darat #eh
Leopard sedang lepak. Leklu

Richnoceros Hornbills yang ni species kaler kuning bukan merah.

Crocs and the gang bersiar-siar.

Landak yang malu.

Jalan tengok haiwan, masih tak boleh move on dengan cendawan.

Meet Aman (local name call orang utan) while his real  name Peter
Malam tu kiteorang ada BBQ, sebab malam last, esok nak balik Unimas dah. Gang-gang yang lain semua busy prepare for BBQ. Ada group yang tengah observe bawah microscope gigih tengah observe. Masa tu aku jumpa Prof. Sepiah and asked her some mushrooms sebab aku nak buat balik. Yelah masa first dah aku lost kot. Nasib baik ada Firdaus yang baik, aku share microscope dengan dia. Learn from the mistakes finally aku dah pro nak cari spores bawah microscope :))


Collected by Prof Sepiah and she gave me to redo and find the spores. 
After showed my first cendawan yg prof bagi tu. Prof cakap cantik,
 then she gave me second mushroom to observe under microscope.
Thanks Prof :))

After BBQ and majlis pentup, sesi gotong-royong kemas long house.
Kat sinilah tempat kiteorang berebut turn microscope. LOL

Ni sinki bahagian perempuan, dekat dengan rumah khemah kiteorang.
Nak amik wuduk dekat tak payah berebut pi toilet.

Rumah khemah tempat kiteorang tidur selama 4 malam.
Nasib baik Mira bawak paku gan tukul, habis semua tempat aku paku kanvas buat penutup rumah dan
ampaian. Pagi panas terik sangat panas weh sebab zink, kalau malam sangat sejuk rumah khemah.huhuhu 

Food steamer untuk dry mushroom sample.

Thanks guys for being cooperative, now we need to do the two report for
Mycology and Forest.
Yang angkat tangan tu buat discussion lah kann.
Galeri telefon penuh dengan mushroom species.



Some species that our group collect.

 Ribuan terima kasih kepada Dr. Hasnul, Prof Sepiah, staff, akak dan abang lab assistants , pakcik-pakcik tukan masak.

Field trip ni amatlah menyeronokkan sebab kau dekat dengan alam, dan buat kau lebih dekat dengan pencipta alam.Sekian :)) 

1 comment: