Assalamualaikum, hari ini nak share sikit pengalaman raya haji kali ke-3 di Sarawak. Tup tup dah tiga tahun belajar kat Unimas ni since asasi.
Many people come and go.
|
Salam Aidiladha |
Sehari sebelumnya Raya Haji, kiteorng dijemput oleh Afiq Aiman (full nama dia aku letak) ke kenduri makcik dia yang terletak di Taman Cosy, Serian. Kira-kira perjalanan dari Unimas mengambil masa sejam lebih gitu.
First all masa sampai tu, kiteorang disambut dengan meriah gitu dari keluarga Afiq. Lepas salam dengan ahli keluarga dia, setelah diajak menjamu selera tanpa segan silu kami pun mula menikmati hidangan kenduri (kelantanese called 'bekwoh'). Menu yang dihidangkan ayam masak cendawan (sorry lupa the exact name),sambal terubuk masin (my new favor dish :)),pajeri nenas and sayur lemak umbut kelapa sawit (my nenek guna umbut kelapa). Serius semua orang bertambah 2 kali sekurang-kurangnya. Sedap dia sehingga menjilat jari.
Sampai terdetik kat hati nanti nak kahwin nak masak menu ni lah.
|
Potrait PreRaya Take 1 : Belum ada idea lagi masa ni. |
|
Potrait PreRaya Take 2 : Dah nampak belang dah! |
|
Potrait PreRaya Take 3: Dah malu ler tu
|
Potrait PreRaya Finale : Kembali Insaf |
|
|
Kenyalang by Rocky & Rashid |
|
“Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair”-pengantin berbaju biru. |
Selepas semuanya sudah kenyang mengisi perut di kenduri tadi. Kami beransur bertolak ke Air Terjun Rachan yang berdekatan dengan rumah Afiq tadi. Sebelum tu, singgah solat zohor di Masjid Serian. Aku memang jatuh cinta dengan view di sekeliling masjid tu sebab ada tasik buatan yang sangat indah.
|
Singgah solat sekejap sebelum ke agenda seterusnya. |
|
Anda perlukan model kurta? Boleh tinggalkan email |
|
Rocky dan titanicnya berpisah tiada. |
|
Muka kesabaran menunggu kumpulan Cik Kiah bersiap-siap. |
|
Pencetus Ummah Ajmal. |
Setelah jenuh mencari parking dekat Air Terjun Rachan akhirnya kami berjaya. Memang ramai giler time tu sebab aku assume most ppl balik kampung luangkan masa berharga dengan keluarga tersayang. Maklumlah esok cuti raya haji. Sebelum mulakan misi bermandi-manda di air terjun kami sempat outdoor photoshoot PreRaya sekejap.
|
Aida. Kembali single dan belajar dari pengalaman silam. |
|
Lisa roommate aku. Masih single dan sedang mencari. |
|
Siti. Single dan sedang bermain tarik tali bersama cinta. |
|
Muka risau takut jambatan roboh. |
|
Setelah yakin jambatan tersebut dibina dengan kukuh. |
Setelah itu, kami pun memulakan agenda mandi air terjun sampai menyelesaikan misteri yang menyelubungi sekian lama. Dari sem lepas lagi, aku duk mencari jawapan 'berapa banyak kuda berlari?', Siti mencari jawapan 'Around The World' dan lisa mencari jawapan 'Kalau satu, dua dan tiga'. Lama jugaklah duk solve kan game ni sampai tepu otak aku dibuatnya. Finally dah dapat jawapan dia. (\'.'\)(/'.'/)
|
Siti dan Lisa sedang terperangkap di batu. |
|
Kemunculan kelibat hero malaya. Hahahahaha |
Lepas penat bermandi-manda, kami pergi rumah Afiq semula sebab keluarga dia ajak makan lagi. Allahu baik sangat keluarga dia. "Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari", prinsip kami semua.
Disini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Afiq dan sekeluarga kerana sudi menjemput kami semua :))
|
Muka gembira dan penat. Esok nak sambung beraya pulak. |
_________________________________________________________________________________
Hari Raya Aidiladha yang kali ke-3 dibumi Sarawak ini telah membuat aku kental, pasrah dan enjoy raya kat sini. Meriah sangat wei aku rasa macam dah kat Sarawak. Kali sangat meriah sebab tak mereput dibilik sahaja. Selama ni tak mereput mana pun hahahahaha.
|
Pertama: Raya rumah Ummu Aqilah. Sumpah masakan yang sedap sangat! Ada kambing wei |
|
Yang pulut hitam tu dibalut dengan daun periuk kera guys!!
Ketupat, roti prata, kacang hijau dan agar-agar. |
|
Belah kiri; kambing (masak aoa aku lupa) yang pasti aku tambah 2 kali. |
|
Ayam masak merah + Sayur campur
|
|
Kedua: Raya rumah Subirin. Ayam masak merah mak dia meletop wei!!! |
|
Ketupat makan dengan ayam masak merah. |
|
Ni nama dia kelupis. Takde kat semenanjung. Senang didapati di Sarawak dan Brunei.
Btw aku jatuh cinta pandang pertama dengan kelupis ni kat rumah Subirin. |
|
Ketiga: Rumah Amrin. Masakan mak dia yang kecur air liur aku dibuatnya.
Daging masak itam, mee udang dan banyak lagi. |
|
Mee udang yang sedap sesangat!!!
Ada udang galah yang dilindungi oleh sayuran segar seperti cendawan dan dihempap oleh telur burung puyuh. |
|
Geng Raya Haji |
|
Keempat: Rumah Nad, masa ni memang dah kenyang tapi tergoda tengok sate dengan spaghetti mak dia. |
|
Senyuman bahagia setelah kenyang makan spaghetti Mak Nad yang sedap giler.
|
|
Kelima: Rumah Afie, sorry sebab habiskan kek cheese sebab sedap sangat !! |
|
Dah makan banyak baru ingat nak snap.
Sampai lupa nak snap nasi beriani mak dia yang daebakk. |
Alhamdulillah untuk semua kenangan ini, terima kasih kepada semua yang menjemput dan menghidangkan kepada kami makanan yang sungguh enak belaka. Nanti tahun depan boleh jemput kmkorang lagi heheheeheheh. Lima buah rumah sampai ke malam. Tu pun ada rumah yang tak sempat kami bertandang. Pergi kelas esoknya, "awak tak datang raya rumah saya ye?", kata seorang Prof kepada aku. Dengan tersengih aku jawab nanti anak Prof kahwin saya datang ye.
No comments:
Post a Comment