Kesinambungan dari last previous post pasal Pasar Serikin antara tempat yang patut dikunjungi bila sampai Sarawak. Nak cerita pasal Tasik Biru yang terletak berhampiran beberapa kilometer dari Pasar Serikin. Selalunya kami pergi ke Pasar Serikin pada waktu pagi kerana cuaca tidaklah panas terik sangat. Agak-agak pukul 12.00 tengah hari tu kami bergerak mencari masjid yang berdekatan untuk menyucikan diri dan bersiap-siap untuk solat zohor.
Semasa dalam perjalanan untuk sampai ke Masjid kami melalui sebuah tasik yang dipanggil Tasik Biru. Subhanallah tasik tersebut amatlah cantik dan indah nian. Mengapa tasik tersebut diberi nama Tasik Biru? Hal ini kerana tasik tersebut mengandungi bahan kimia iaitu arsenik yang tinggi. Oleh itu, para pengunjung dilarang untuk bermandi-manda, menangkap ikan dan sebagainya di Tasik Biru. Namun terdapat segelintir kanak-kanak yang masih bermandi-manda disana.
Hasil bacaan saya dari beberapa blog, Bau, Sarawak merupakan kawasan yang terkenal dengan perlombongan emas pada zaman dahulu kala. Hasil dari aktiviti perlombongan yang giat dilakukan telah memberi kesan negatif kepada para penduduk. Oleh sebab itu, kegiatan perlombongan emas itu telah diberhentikan. Bagi mengelak daripada orang luar melakukan aktiviti perlombong emas ini lagi mereka mengatakan bahawa Tasik Biru ini bahaya kerana mengandungi bahan kimia, arsenik.
Hasil daripada perbualan saya dengan rakan saya yang menetap di Sarawak. Dia menceritakan bahawa terdapat sebuah kisah sama ada sahih atau tidak tidak dapat diketahui. Pada tahun bila, terdapat sebuah bas telah terjunam ke dalam tasik tersebut. Dan sehingga kini masih belum ditemui rangka bas tersebut kerana kedalaman tasik itu 300 ratus kaki.
Wallahualam, hanya Allah yang maha mengetahui semua kejadian di langit dan di bumi. Entri saya kali ini adalah sebagai pengkosian.
Subhanallah !! |
Bagpackers, kitaorang suka lepak tengok nature. | |||
|
nice entry ^^. keep it up
ReplyDelete