Assalamualaikum. Masih belum mengantuk setelah pulang dari dinner Gala Night (will update soon). Mengambil inisiatif untuk mencoret sesuatu. Nak share pasal satu program yang sememangnya buat aku jatuh cinta terhadap bumi kenyalang ni. Pada 29 Mac yang lalu setiap wakil generik telah diarahkan untuk memilih sebuah kampung bagi aktiviti yang dinamakan Asasi Back To Community (AB2C). Kami generik Albus Fortis telah memilih Kampung Hilir Serian.
Pada hari kejadian, setibanya kami di Kpg. Hilir Serian kami telah disambut dengan iringan sekumpulan remaja dengan menunggang motosikal yang diikat bendera Sarawak atau BN di belakang motosikal mereka. (Nampaklah parti mana yang dominasi kampung tersebut). Sambutan yang meriah dari penduduk kampung telah berjaya membuat hati kami tertawan dan terharu.
|
Amat jarang sekali anak remaja mahu serta program macam ni di pagi hari. |
Seterusnya, aktiviti telah diteruskan dengan bacaan doa, senaman robik yang disertai oleh pelajar, pensyarah dan semua golongan penduduk kampung. Memang terbukti penduduk kampung disinii aktif sekali.
|
Bertapa fokusnya mereka mengikuti lankah-langkah guru senamrobik Albus Fortis. |
Sebelum aktivit gotong-royong dan sukaneka kami telah dijamukan dengan makanan ringan seperti mee hoon goreng, popia dan air teh. Aku yang sememangnya datang dengan perut yang kosong amatlah melonjak keriangan.
|
Sebahagian dari Albus Fortis. Yang lain mana entah malu-malu kucing nak makan. |
Ya, aku yang sememangnya rajin telah ditugaskan untuk menjaga kanak-kanak kecil di dalam surau. Terdapat aktiviti seperti melukis dan bermain permainan tradisional dijalankan. Amatlah aku puji akan kesetian ibu bapa pelajar yang menunggu anak-anak mereka mewarna sehingga ke penyampaian hadiah.
|
Hebat 1 vs 3. |
Manakala di padang terdapat pelagai aktiviti diadakan seperti pertandingan bola sepak, sukaneka bagi penduduk kampung dan tarik tali. Aku tabik dengan sikap penduduk Kampung Hilir Serian yang sangat sporting dan semangat dal semua hal serba-serbi.
|
Lari dalam guni yang sangat melucukan. |
|
Madam Emmerline dan Miss Yani. Sir Dhana Jay takde sebab beliau yang tangkap gambar. |
|
Sedang bersiap-sedia untuk masuk ke dalam gelanggang pertandingan pecahkan belon yang diikat di buku lali. |
|
Boling tradisional dengan menggunakan kelapa dan landasan rumput yang tidak rata. |
|
The most wanted event for sure tug of war. |
|
Tarik tali antara pelajar Albus Fortis dan penduduk kampung. |
Setelah selesi semua acara, kami telah bersiap-siap membersihkan diri untuk solat zohor dan menikmati makan teengah hari yang dimasak oleh penduduk kampung dan pelajar. Antara juadah yang dihidangkan ialah ayam manok yang rasanya memang win, sambal pelam, sayur rebung (mungkin nama dia kalau aku tak silaplah), ikan kering dan banyak lagi.
Acara diteruskan dengan aktiviti di dewan iaitu perkongsian, karaoke, pertandingan ratu cantik ( ke nama dia pertandingan berhias? ), poco-poco dan penyampaian hadiah. Amatlah sedih masa nak berpisah balik ke UNIMAS. Aku harap lain kali, prgram ni 2 hari 1 malam dapat bermalam di rumah penduduk kampung. Lain kali tu untuk next batch nampaknya.
Akhir kata (acah-acah surat rasmi) jutaan terima kasih kami ucapkan kepada penduduk Kampung Hilir Serian yang sudi menyambut kedatangan kami dengan meriah sekali, memberi kerjasama bagi setiap aktiviti yang dijalankan dan yang paling bermakna sekali sebab dapat buat aku rasa 'WOW' terhadap kampung ni dari semua aspeklah hubungan, tempat dan masakan.
All pictures here credit to Mr Dhana Jay, taken from FB : koku Group 2 [Albus Fortis]
No comments:
Post a Comment