Wednesday, October 11, 2017

Review KFry Urban Holiday Plaza

Assalamualaikum, hari ni aku nak review pasal Korean Restaurant at Johor Bahru.
KFry Urban ni terletak di Holiday Villa (tingkat 2) , berhampiran dengan bangunan KSL.
For those yang tak tau kat mana, boleh waze ni alamat dia
Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Restaurant ni 100% halal certified ingredients (no pork, no lard & alcoholic beverages)
Waktu operasi KFry Urban ni 12 pm-12 am ( tgk page KFry kat FB)
Seriously memang ramai giler manusia kat KFry Urban tu.
So for those yang nak bawak ahli keluarga or colleague boleh booking for mada reservation.
Tapi disebabkan high demanding sebab berpusu-pusu manusia yang nak dine in kat sini,
so make sure korang tepati waktu yang korang booking (be punctual kalau tak dia cancel booking) 

So masa intern haritu tu, last week before semua habis intern kitaorang decide lah pi sini mcm farewell party gitu. So Nisa dah book meja siap2 untuk 13 orang.
Then, masa tu kitaorang terlambat sikit, hampir-hampir nak kena cancel book,
cun2 half of us dah sampai.
So kiteorang cepat2 order hahahahahaha, btw even ramai giler manusia kat situ
tapi servis dia memang terbaik daebakk!! sebab cepat dan pantas.

Kat sini aku sertakan antara menu dan harga KFry Urban Restaurant..

Benda ni memang wajib korang try!!! Kiteorang try original dengan spicy.
Tapi spicy much better!!

Kiteorang try KFry spicy yangmyeon chicks!
Aku bagi lima bintang, pedas dia takdelah over macam Samyang. 
Sesuai dimakan oleh semua orang gitu.

Yang ni sama macam kat atas cuma yang bezakan yang ni tak crispy mcm menu atas tadi.

Yang ni kiteorng tak try sbb 13 orang mai, karang tak cukup hhahahahaahaha

Kiteorang try Bulgogi Jeon Gol, emmm my opinion yang ni tak sedap.
Sebab macam tak cukup perasa or tekak aku yang tak dapat terima hahahhahahaaha
Rasa dia bland entah ah macam masin gitu., kalau curiousity korang tahap giga why not uolls try hahahaahahah


KSpicy noodle dia superb, dengan ada seafood dalam tu. Memang sedap and portion dia besar.

OMG tteobbokki with cheese and seafood ni memang dish wajib korang try.
Memang sedap kaya dengan cheese gan seafood!!

Melon bingsu dia sedap wei! Memang fresh giler.
Tapi mahal giler baik korang makan puas2 kat patbingsu hahahahah

Antara beverages yang ada

Haritu aku try Yuja Tea. Sedap!!!  tak pelik pun.
Memang sesuai untuk hilangkan rasa cheese yang banyak tu hahahahahahah
Tak actually aku assume kalau aku order cold drink karang aku duk minum air dia je, at the end aku kenyang air hhaahahahahaha

FOCUS!

Diorang memang serve panas2. Nampak tu siap bawak stove lagi.

Tteobboki tu korang kena panas and kacau biar cheese dia melt betul2 ke semua tempat hahahahahaha
Yang ni spicy cheese bumbuk. WOW!!! sedap wei!!

Aku geram dia tak korek isi melon tu betul2 banyak lagi isi kat tepi dinding melon tu hahahahahahaah
Kspicy noodle, sorry gambar gegar, aku pun tak tahu sape yang snap.
Semua hasil kongsian di medium whatsap. LOL



Ni gang intern UNIMAS. tiga -tiga kat tengah tu senior kecuali aku gan kwok fei je 2nd year.
Untung ahhh tengah tunggu konvo bulan 11 ni ler tu.

Best sangat intern haritu sebab ada diorang ni semua!!
Semoga sukses ye semua.





#onemoretime
Sorry kalau ada gamabr menu yang aku tak masukkan sebab serious masa tu aku lapar giler.
Aku snap gambar menu je sebab nak citer dalam blog.
Btw serious talk uolls should come here and try to experience it!!

#Tips datang ramai-ramai so korang boleh try banyak dish and tong-tong bayar so jadi murah
# Portion dia memang besar giler!! 

Monday, August 7, 2017

Sains Tumbuhan dan Pengurusan Unimas

Assalamualaikum, hari ini aku nak share pasal program Plant Resource Science And Management Unimas (Bachelor Science with Honours) (WS50) di Unimas. Firstly, korang kena tahu dalam Unimas ni banyak kos yang ditawarkan dan terbahagi kepada beberapa fakulti. Misalnya, FSGK, FACA, FRST, FEB, FCSIT, FENG, FSS, FMHS, FCSHD & FLSCS (aku bagi short form nanti korang explore lah sendiri). Faculty Resource Science and Management (FRST) or Fakulti Sains Teknologi dan Sumber (FSTS) tawarkan pelbagai bidang pengajian sains selama 3 tahun. Antaranya, zoologi, bioteknologi, kimia sumber (kimsum), akuatik dan plant science.

So degree in Unimas untuk kau grad dengan jayanya mesti kau kena habis kan semua subjek yang ditawarkan mengikut course korang. Di samping tu, korang wajib habiskan 3 kali amik elektif dan 3 generic. For elective course, let said korang plant science student korang tak boleh amik subjek bidang korang, tapi korang boleh amik  other course punya subject , bebas either korang nak dari same faculty or different faculty. So aku masa sem 2 tahun 1, aku amik elektif Bahasa Arab dekat fakulti Bahasa. Sem 1 tahun 2 aku amik elektif intro to psychology dari fakuti sains social. So sekarang ni dah masuk tahun 3 aku tinggal lagi satu elective belom amik. For generic terbahagi kepada 2 , bm dan bi. Bi korang wajib amik! walaupun masa SPM result korang daboom A++. For Bm ada terbahagi kepada 2, AE1 ( band 1,2,3) dan AE2 (band 4,5,6) lepas ko amik kelas AE tu kesinambungannya korang kena amik lagi EPC ( band 1,2,3) dan EOP (band 4,5,6).

Omoo sis hampir terlupa, nak cakap kalau korang dari Asasi Unimas, korang takyah amik Koko sebab dia akan transfer kredit secara automatik. Di situ, korang dah jimat jam kredit. For those, yang bukan dari Asasi Unimas, korang wajib amik koko 1 kali. Koko ni korang wajib amik tahun 2
A lot of info are given during Minggu Aluan Pelajar (MAP) masa orientasi. So masa tu akan ada talk, so korang jangan lah tido. Contoh, dia akan bagitahu cara nak daftar subjek macam mana. So untuk daftar subjek ni korang akan diberi masa sebulan untuk tempoh add and drop subjek. After certain date given kalau korang nak drop subjek kena bayar RM100 (if I'm not mistaken bout the price). 

#Tips dia kat sini start dari sem 1 tahun 1 baik korang start amik elective course. Supaya nanti tahun akhir pengajian korang dah boleh focus dengan fyp huhuhu.
#Tips masa nak daftar subjek on9 tu korang kena isi generic dulu sbb kena compete with whole Unimas, usually class cepat full

So harini aku nak share serba sedikit pasal plant science. First, kos ni lebih kurang macam kos sains pertanian kat UPM tu. Yang mana dulu angan-angan nak jadi doctor, janganlah kiciwa sangat awak. Kat kos ni pun awak boleh jadi doktor jugak tapi doktor pokoklah. Overall this course totally took 3 years tu pun kalau korang tak kena extend. As a plant science student, kita study menyeluruh pasal tumbuhan dan semua berkaitan dengannya. Dulu aku masa asasi Unimas time belajar plant, OMG hanya Tuhan je tahu berapa tak minat nya. But Alhamdulillah bila masuk degree ni, dengan jumpa a lot experience lecturers yg committed bout plant ni , kau akan mula rasa jatuh cinta. Dan aku pada mula2 nya macam mata duitan aku Nampak semua benda boleh jadi duit. Tapi dah masuk nak tahun 3, Sep 2017 nanti aku rasa kos ni banyak tolong masyarakat, in addition ko pun dapat pahala. Bak kata lecturer aku, kau tanam satu pokok, then beribu orang yang lalu lalang hirup O2 dari pokok yang kau tanam tu. MasyaAllah berapa banyak pahala kau dapat.

Plant Science ni korang akan belajar menyeluruh pasal tumbuhan. Kesuluruhan sama ada dari segi tanah, nutrient, hutan, serangga perosak, breeding in plant dan banayak lagi yang kalau aku cerita ni rasanya nak kena buat entri baru. Korang akan selalu ada lab either in the lab or arboretum or external lab. Sekali sekala korang akan pergi fieldtrip untuk memudahkan pembelajaran korang. InsyaaAllah korang akan enjoy sangat belajar plant science , stress nih biasalah kalau dah namanya student. Hah lupa nak roger yang since tahun 2 sejak 2017  korang kena menjalani latihan industri di tahun 2, semasa cuti sem 3 bulan. So doakan supaya aku rajin update nanti tempat2 korang boleh mohon untuk praktikal and also apa yang aku buat masa praktikal di pejabat pertanian johor bahru.

 #Tips jangan buang lab coat asasi, matrik or dip yg korang ada tu, bawak je boleh pakai lagi
Tahun 1 subjek plant systematics, kalau haiwan kita ada muzium dan untuk plant kita ada herbarium.
Masa ni after process drying the sample, we stick the plant part part yg besar by using glue, yg mana rumit tu nanti kita jahit.
#Tips senang kalau korang pilih daun yang besar dan sikit lol

Subject plant physiology (tahun 1) masa ni we are given different amount and type of fertilizer.
So after certain time, we need to harvest and compare.

Subjek Plant propagation (tahun 2), masa ni buat marcotting guna jiffy-7

Subjek plant propagation also, we learn to do stem cutting by using begonia sp.

Kitorang also banyak pergi field trip.
Masa ni fieldtrip mycology. 
You can read more about field trip mycology click here!!

Lab mycology, aseptic technique very important!

The mixture of 8kg sawdust : 800g rice bran and 80g lime.
In the making of mushroom bsg.

Seal the bag tightly

After 2 months we can harvest it.

Subjek Soil (Tahun 2), masa ni kat arboretum tengah belajar pasal soil profile.

Sebelum buat soil profile kita kena baca gps and buat bacaan slope by using suunto clinometer

Field trip kelapa Mataq. Will update soon !

Batch 2016/2017

Tahun 2 subjek soil, nt korang di assigned to different places nak kena amik sample Tanah
dan selebihnya kerja di lab.

Tahun 2, subjek taxonomy fieldtrip to Botanical Recearch Center, Semenggoh.

My fav lecturer ever, Prof Cheksum.
Since plant systematics, plant taxonomy and scientific comm

After pengucapan awam task from kelas BM Pn. Norlina.
She is very caring person!!
So back to plant science, mostly kalau korang balik kampung or mana2 mesti ada pakcik- makcik or jiran tanya nanti dah habis belajar boleh jadi apa je? (OMOO very cliché sometimes korang rasa menyampah but actually they care) .  Antara skop pekerjaan yang korang boleh ceburi nanti adalah business person, researcher in the lab, pegawai pertanian di jabatan pertanian or FAMA or Mardi, landskap golf, perladangan dan banyak lagi. Korang boleh jawab skop perkerjaan bagi student plant science ni bukan sahaja tertumpu kepada bidang pertanian sahaja, sekiranya kita dapat berfikir dengan kritis dan berani mencabar diri kita boleh jadi orang yang hebat suatu hari nanti. Amiin. Semua adalah rezeki dari Tuhan so jangan pernah berhenti berusaha, berdoa dan berharap. 

Lastly doakan aku dan rakan-rakan semoga berjaya menyiapkan FYP project dengan jayanya dan cemerlang. Nanti ada fyp presentation korang junior dialu-alukan untuk datang tengok or bagi sokongan hahahahahahah. Kat sini aku sertakan pendapat kawan aku mengenai plant science:

" Bagi aku plant science ni satu bidang yang aku rasa boleh menjamin sustainability untuk future generation. Then course ni bagi banyak peluang pekerjaan dekat orang ramai dalam macam-macam industri. Di samping itu, plant science ni enable kita untuk pelbagaikan food varieties sesuai dengan demand manusia" - Aliaa 

"Time aku dapat kos ni.. perasaan aku hahahahah still dalam bidang sains (emoji). sebelum ni belajar pasal organ, nutrient penyakit apa semua pasal manusia tapi sekarang belajar pasal organ, nutrient, penyakit bagai untuk pokok pulak. haaa menarik kannn so lets follow the flow" - Noor 

"Plant science adalah salah satu cabang  biology. Banyak berkait dengan physiological plant, forestry, urban forest, breeding, soil, plantation, ethnobotany, propagation, landscaping, ecology dan banyak lagi." -Syahiri

"Aku rasa dapat into the plant science ni pun sejak practical. Bila masuk alam pekerjaan baru sedar la semua yang kita belajr dekat kelas ada kena mengena. Bila masuk practical ni barulah ada orang yang macam pandang tinggi sikit kat kitaorang yang amik plant science sebab diorang tahu apa yang kita belajar. Bila kau dah masuk dalam bidang research and development ni kau boleh jadi research officer. Baru aku sedar soil, plant breeding, taxo gan semua tu penting la." - Nazi 

 Bila kau tak tahan lelahnya belajar , maka kau harus tahan menanggung perihnya kebodohan-Imam Syafi'i



Sunday, May 28, 2017

Cara Mudah Skor A Addmath SPM Dengan Mudah

Assalamualaikum, omoo sekarang study week. Walaupun dalam bulan Ramadhan Kareem, still nafsu laghaa bila bukak laptop tu ada. Allahu.

Actually tengah tengok folder gambar lelama nak cari gambar my mom nak letak as a background picture kat lappy, time2 laghaa tengok gambar parents mesti insaf punyaa. huhuhuhu

And I found old pics when I at Sasem, how I managed to score subject Addmath. Alhamdulillah.
Just simple and cheap method je.

1) Sebelum belajar, baca doa, betulkan niat ceh

2) Jangan tido or skip class, kalau tertinggal cepat catch up balik sebab nanti rasa loss gitu.

3) Semua benda addmath punya latihan or activities in class punya material bawa balik, and tampal kat dinding. Sambil korang beborak gan member sementara tunggu light off boleh baca.

Senior duduk katil atas sebab bawah kipas.
Sambil berangan pun boleh baca wei!


1st batch Sasem masa tu takde LCD, so kitaorang banyak guna kertas mahjong.

Setiap sudut dalam bilik aku tampalnya formula addmath
Dari darjah 1 sampai f5 rumah kuning. Tu pakai cadar kaler kuning lol.

Pastikan sebelum tampal latihan tu, cek dulu betul ke idokk. 
Karang kome hafal yang salah



5) Banyakkan buat latihan. Aku suka belajar dari jawapan addmath kat belakang buku hahahahaha

Tu je tips yang aku nak share, simple as that. So All The Best !!

P/s: Doakan aku Final Sem 4 mudah jawab and result gempak kebaboom!! Mem besar kat rumah mintak dekan lagi sem ni.