Assalamualaikum, hari ini aku nak share pasal program Plant Resource Science And Management Unimas (Bachelor Science with Honours) (WS50) di Unimas. Firstly, korang kena tahu dalam Unimas ni banyak kos yang ditawarkan dan terbahagi kepada beberapa fakulti. Misalnya, FSGK, FACA, FRST, FEB, FCSIT, FENG, FSS, FMHS, FCSHD & FLSCS (aku bagi short form nanti korang explore lah sendiri). Faculty Resource Science and Management (FRST) or Fakulti Sains Teknologi dan Sumber (FSTS) tawarkan pelbagai bidang pengajian sains selama 3 tahun. Antaranya, zoologi, bioteknologi, kimia sumber (kimsum), akuatik dan plant science.
So degree in Unimas untuk kau grad dengan jayanya mesti kau kena habis kan semua subjek yang ditawarkan mengikut course korang. Di samping tu, korang wajib habiskan 3 kali amik elektif dan 3 generic. For elective course, let said korang plant science student korang tak boleh amik subjek bidang korang, tapi korang boleh amik other course punya subject , bebas either korang nak dari same faculty or different faculty. So aku masa sem 2 tahun 1, aku amik elektif Bahasa Arab dekat fakulti Bahasa. Sem 1 tahun 2 aku amik elektif intro to psychology dari fakuti sains social. So sekarang ni dah masuk tahun 3 aku tinggal lagi satu elective belom amik. For generic terbahagi kepada 2 , bm dan bi. Bi korang wajib amik! walaupun masa SPM result korang daboom A++. For Bm ada terbahagi kepada 2, AE1 ( band 1,2,3) dan AE2 (band 4,5,6) lepas ko amik kelas AE tu kesinambungannya korang kena amik lagi EPC ( band 1,2,3) dan EOP (band 4,5,6).
Omoo sis hampir terlupa, nak cakap kalau korang dari Asasi Unimas, korang takyah amik Koko sebab dia akan transfer kredit secara automatik. Di situ, korang dah jimat jam kredit. For those, yang bukan dari Asasi Unimas, korang wajib amik koko 1 kali. Koko ni korang wajib amik tahun 2
A lot of info are given during Minggu Aluan Pelajar (MAP) masa orientasi. So masa tu akan ada talk, so korang jangan lah tido. Contoh, dia akan bagitahu cara nak daftar subjek macam mana. So untuk daftar subjek ni korang akan diberi masa sebulan untuk tempoh add and drop subjek. After certain date given kalau korang nak drop subjek kena bayar RM100 (if I'm not mistaken bout the price).
#Tips dia kat sini start dari sem 1 tahun 1 baik korang start amik elective course. Supaya nanti tahun akhir pengajian korang dah boleh focus dengan fyp huhuhu.
#Tips masa nak daftar subjek on9 tu korang kena isi generic dulu sbb kena compete with whole Unimas, usually class cepat full
So harini aku nak share serba sedikit pasal plant science. First, kos ni lebih kurang macam kos sains pertanian kat UPM tu. Yang mana dulu angan-angan nak jadi doctor, janganlah kiciwa sangat awak. Kat kos ni pun awak boleh jadi doktor jugak tapi doktor pokoklah. Overall this course totally took 3 years tu pun kalau korang tak kena extend. As a plant science student, kita study menyeluruh pasal tumbuhan dan semua berkaitan dengannya. Dulu aku masa asasi Unimas time belajar plant, OMG hanya Tuhan je tahu berapa tak minat nya. But Alhamdulillah bila masuk degree ni, dengan jumpa a lot experience lecturers yg committed bout plant ni , kau akan mula rasa jatuh cinta. Dan aku pada mula2 nya macam mata duitan aku Nampak semua benda boleh jadi duit. Tapi dah masuk nak tahun 3, Sep 2017 nanti aku rasa kos ni banyak tolong masyarakat, in addition ko pun dapat pahala. Bak kata lecturer aku, kau tanam satu pokok, then beribu orang yang lalu lalang hirup O2 dari pokok yang kau tanam tu. MasyaAllah berapa banyak pahala kau dapat.
Plant Science ni korang akan belajar menyeluruh pasal tumbuhan. Kesuluruhan sama ada dari segi tanah, nutrient, hutan, serangga perosak, breeding in plant dan banayak lagi yang kalau aku cerita ni rasanya nak kena buat entri baru. Korang akan selalu ada lab either in the lab or arboretum or external lab. Sekali sekala korang akan pergi fieldtrip untuk memudahkan pembelajaran korang. InsyaaAllah korang akan enjoy sangat belajar plant science , stress nih biasalah kalau dah namanya student. Hah lupa nak roger yang since tahun 2 sejak 2017 korang kena menjalani latihan industri di tahun 2, semasa cuti sem 3 bulan. So doakan supaya aku rajin update nanti tempat2 korang boleh mohon untuk praktikal and also apa yang aku buat masa praktikal di pejabat pertanian johor bahru.
#Tips jangan buang lab coat asasi, matrik or dip yg korang ada tu, bawak je boleh pakai lagi
Subject plant physiology (tahun 1) masa ni we are given different amount and type of fertilizer.
So after certain time, we need to harvest and compare.
|
Kitorang also banyak pergi field trip.
Masa ni fieldtrip mycology.
You can read more about field trip mycology click here!!
|
Tahun 2 subjek soil, nt korang di assigned to different places nak kena amik sample Tanah
dan selebihnya kerja di lab.
|
So back to plant science, mostly kalau korang balik kampung or mana2 mesti ada pakcik- makcik or jiran tanya nanti dah habis belajar boleh jadi apa je? (OMOO very cliché sometimes korang rasa menyampah but actually they care) . Antara skop pekerjaan yang korang boleh ceburi nanti adalah business person, researcher in the lab, pegawai pertanian di jabatan pertanian or FAMA or Mardi, landskap golf, perladangan dan banyak lagi. Korang boleh jawab skop perkerjaan bagi student plant science ni bukan sahaja tertumpu kepada bidang pertanian sahaja, sekiranya kita dapat berfikir dengan kritis dan berani mencabar diri kita boleh jadi orang yang hebat suatu hari nanti. Amiin. Semua adalah rezeki dari Tuhan so jangan pernah berhenti berusaha, berdoa dan berharap.
Lastly doakan aku dan rakan-rakan semoga berjaya menyiapkan FYP project dengan jayanya dan cemerlang. Nanti ada fyp presentation korang junior dialu-alukan untuk datang tengok or bagi sokongan hahahahahahah. Kat sini aku sertakan pendapat kawan aku mengenai plant science:
" Bagi aku plant science ni satu bidang yang aku rasa boleh menjamin sustainability untuk future generation. Then course ni bagi banyak peluang pekerjaan dekat orang ramai dalam macam-macam industri. Di samping itu, plant science ni enable kita untuk pelbagaikan food varieties sesuai dengan demand manusia" - Aliaa
"Time aku dapat kos ni.. perasaan aku hahahahah still dalam bidang sains (emoji). sebelum ni belajar pasal organ, nutrient penyakit apa semua pasal manusia tapi sekarang belajar pasal organ, nutrient, penyakit bagai untuk pokok pulak. haaa menarik kannn so lets follow the flow" - Noor
"Plant science adalah salah satu cabang biology. Banyak berkait dengan physiological plant, forestry, urban forest, breeding, soil, plantation, ethnobotany, propagation, landscaping, ecology dan banyak lagi." -Syahiri
"Aku rasa dapat into the plant science ni pun sejak practical. Bila masuk alam pekerjaan baru sedar la semua yang kita belajr dekat kelas ada kena mengena. Bila masuk practical ni barulah ada orang yang macam pandang tinggi sikit kat kitaorang yang amik plant science sebab diorang tahu apa yang kita belajar. Bila kau dah masuk dalam bidang research and development ni kau boleh jadi research officer. Baru aku sedar soil, plant breeding, taxo gan semua tu penting la." - Nazi
Bila kau tak tahan lelahnya belajar , maka kau harus tahan menanggung perihnya kebodohan-Imam Syafi'i